Page 140 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 140
Laporan Tahunan CIAST 2022
Di samping itu juga, sebanyak 7 siri aktiviti promosi ke Pusat Bertauliah Awam dan Swasta
serta agensi TVET telah dilaksanakan dengan penyampaian taklimat pengenalan CIAST melalui
mod pelaksanaan secara bersemuka atau dalam talian. Aktiviti promosi ini bertujuan untuk
hebahan maklumat terkini berkaitan program CIAST termasuk kursus jangka panjang serta
kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh CIAST. Pemilihan lokasi pusat telah dirancang
terlebih dahulu dan ada juga di atas permintaan pusat bertauliah berkenaan. Di antaranya
adalah KV Ampangan Seremban Negeri Sembilan, CQ Tec TVET College Puchong Selangor,
GiatMara Jempol Negeri Sembilan dan ILP Kuantan.
Aktiviti promosi dan taklimat di GiatMara Jempol, Negeri Sembilan
Buat pertama kalinya pada tahun 2022, CIAST telah diberi peluang oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) untuk melebarkan promosi secara berskala besar melalui pelbagai jenis
media antaranya adalah media pengiklanan luaran badan bas Rapid dan media pengiklanan
dalaman tren LRT TV skrin. Lokasi yang terlibat bagi laluan bas rapid adalah sekitar Lembah
Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Manakala tren LRT melibatkan 2 lokasi iaitu Kelana Jaya dan
Ampang/Sri Petaling.
Pada 28 Oktober 2022, Majlis Flag-Off Promosi Out of Home (OOH) melalui Rapid Bas telah
diadakan di CIAST Shah Alam dan disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Mohamad bin Sulaiman,
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK).
Majlis Flight Off OOH Bersama Rapid Bus bertempat di CIAST Shah Alam
138