Page 138 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 138
Laporan Tahunan CIAST 2022
LAWATAN DELEGASI WORLD BANK MALAYSIA
CIAST telah menerima kunjungan daripada agensi peringkat antarabangsa iaitu World Bank
Malaysia pada 28 Mac 2022. Delegasi ini melibatkan tiga (3) orang yang diketuai oleh Dr.
Yasuhiko Matsuda (Country Manager) dan dua orang perunding iaitu Ms. Tham Yin Yee dan
Ms. Carmen Loo.
Delegasi telah diiringi oleh Dr. Zaki bin Zakaria, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Sumber
Manusia, KSM, Puan Hajah Zuleah binti Darsong, Pengarah CIAST, Puan Molinda binti Abd
Rahman, Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan (PP&P) JPK,
Puan Junnaina binti Husin Chua, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan
Tenaga Manusia dan lapan belas (18) orang pegawai KSM, JPK dan pengurusan CIAST secara
bersemuka dan dalam talian.
Program lawatan ini telah dimulakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat
Terbilang, CIAST Shah Alam. Lawatan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah
Zuleah binti Darsong, Pengarah CIAST dan ucapan pembukaan oleh Dr. Yasuhiko Matsuda,
Country Manager. Agenda diteruskan dengan pembentangan daripada Bahagian Dasar KSM,
JPK dan CIAST. Program ini bersambung dengan sesi soal jawab dan lawatan di bengkel
Automotif CIAST Shah Alam.
Manakala, lawatan sesi petang disambung ke ADTEC Shah Alam pada jam 2.15 petang. Objektif
utama lawatan ini diadakan adalah seperti berikut:
• Lawatan ke tempat-tempat institusi berlangsungnya bengkel dan latihan praktikal;
• Sesi taklimat asas latar belakang institusi-institusi; dan
• Interaksi bersama-sama pentadbir, tenaga pengajar dan pelajar.
Lawatan Delegasi World Bank Malaysia
136