Page 137 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 137

Laporan Tahunan CIAST 2022




        KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN  JEPUN KE  ATAS PENGARAH
        CIAST

        Pada 25 Januari 2022,  CIAST  telah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama  Katsuhiko
        Takahashi, Duta Jepun ke Malaysia. Beliau telah berkunjung ke CIAST bersama-sama dengan
        tiga (3) orang pegawai dari kedutaan Jepun iaitu En. Hosomi Masashi (Economic Counsellor), En.
        Saito Yuta (Infrastructure Attache) dan En. Miyasaka Tomoyuki (Labour Attache). Delegasi telah
        diiringi oleh Pengarah CIAST dan sembilan (9) orang pegawai Pengurusan CIAST.


        Semasa sesi lawatan tersebut, Duta Jepun telah menzahirkan jemputan secara terbuka
        untuk pihak CIAST mengemukakan kertas cadangan pelaksanaan acara/projek bersempena
        sambutan memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur antara Malaysia dan
        Jepun (40  Look East Policy).
                 th

        CIAST telah membentangkan beberapa cadangan aktiviti di antaranya pameran webinar/
        seminar, latihan sangkutan industri, pakar dari Jepun, transfer technology and updates dan visit
        Malaysia -visit Japan. Agenda lawatan ini diteruskan dengan lawatan ke tiga (3) buah bengkel
        iaitu Automotif, Pengeluaran dan Mekatronik.































                                   Kumpulan Delegasi Kedutaan Jepun










                                                 135
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142