Page 144 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 144
KERJASAMA STRATEGIK
Dalam usaha meningkatkan visibiliti CIAST sebagai sebuah institusi latihan TVET dan juga Pusat
Kecemerlangan Pengajar TVET, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan terutamanya dalam memperluaskan
dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan agensi luar. Melalui hubungan kerjasama ini, tiga
matlamat utama telah ditetapkan iaitu:
● untuk meningkatkan kepakaran pensyarah dan kakitangan melalui pelbagai program seperti
latihan reskilling dan upskilling, fellowship, Latihan Sangkutan Industri (LSI), penyelidikan dan
pembangunan produk inovasi;
● membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar-pelajar lepasan CIAST dan juga Institusi Latihan
Kemahiran Awam yang lain seperti ILJTM, ILKBS, Giat Mara dan lain-lain untuk menyambung
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; dan
● memudahkan lepasan pelajar TVET mendapatkan penempatan latihan industri dan peluang
pekerjaan.
Pada 2023, pihak CIAST telah berjaya mengekalkan dan turut memperluaskan hubungan kerjasama dua
hala dalam bentuk Nota Kerjasama (NoU), Memorandum Persefahaman (MoU) dan kerjasama strategik
bersama agensi-agensi awam/swasta dan industri seperti berikut:
Memorandum Jaringan
Persefahaman Bersama Nota Kerjasama (NoA)
Agensi Swasta/Industri Kerjasama Bersama Agensi Awam
– 3 MoU – 3 NoU
Rajah 26: Bilangan Kerjasama MoU dan NoU Tahun 2023
142 Laporan Tahunan CIAST 2023