Page 148 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 148

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU)



          Lawatan Pengurusan Tertinggi JPK dan CIAST ke MaGICX


          Pada 1 Jun 2023, YBrs. Ketua Pengarah JPK bersama-sama Pengarah CIAST dan beberapa pegawai
          pengurusan  tertinggi JPK yang lain  turut mengambil peluang  mengadakan lawatan ke  Media and
          Game  Innovation  Centre  of  Excellence  (MaGICX).  MagicX  ditubuhkan  di  bawah  kerjasama  strategik
          antara UTM dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bertujuan untuk menyokong
          dan menggalakkan perkembangan serta ekosistem industri kreatif yang memberi tumpuan gamifikasi
          dan pengayaan kandungan digital. Hasil daripada lawatan tersebut pegawai-pegawai tertinggi JPK dan
          CIAST diberi penerangan ringkas mengenai kemajuan dan aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dicapai
          hasil daripada kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Selain itu, pegawai-pegawai juga diberi
          peluang untuk melihat fasiliti AR/VR serta projek-projek yang telah berjaya dibangunkan.
























                                    Lawatan Ketua Pengarah JPK ke MaGIC



          146  Laporan Tahunan CIAST 2023
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153