Page 141 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 141

PERPUSTAKAAN CIAST



          Sepanjang tahun 2023, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Perpustakaan CIAST.
          Aktiviti dimulakan dengan Pendaftaran Ahli Baharu dan Taklimat Perpustakaan. Borang keahlian
          diberikan kepada pelajar yang baharu mendaftar sebagai pelajar di CIAST. Taklimat Perpustakaan
          diberikan kepada semua pelajar sepanjang minggu suai kenal pelajar baharu CIAST.

          Perpustakaan CIAST telah membuat lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2023)
          pada 30 Mei 2023.  Seramai 40 orang pelajar dan kakitangan turut menyertai lawatan ini. Pesta Buku
          Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan acara tahunan kebangsaan yang berlangsung selama 10 hari.
          Perpustakaan CIAST juga telah membuat pinjaman antara perpustakaan (pinjaman berkelompok) dari
          Perpustakaan Negara Malaysia pada 6 Jun 2023. Sebanyak 140 buah buku dengan pelbagai tajuk telah
          dipinjamkan kepada Perpustakaan CIAST selama enam (6) bulan. Pinjaman bahan bacaan ini bertujuan
          menggalakkan lagi budaya membaca dalam kalangan pengguna.

          Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2023, Perpustakaan CIAST menganjurkan Kuiz Merdeka &
          Kempen Galakan Membaca pada 18 Ogos 2023. Program ini berjaya menarik seramai 60 orang peserta
          yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar di mana peserta diminta untuk menjawab kuiz mengenai
          kemerdekaan Malaysia.

          Kempen  “Keep Book  Alive, Together Let’s Donate Books”  merupakan kempen Menderma Buku di
          Perpustakaan CIAST. Kempen ini berlangsung sepanjang tahun di mana pengajar boleh menyumbangkan
          koleksi bahan bacaan mereka.

          Bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna, Perpustakaan dan Unit Penyelidikan &
          Inovasi CIAST telah menjalankan satu Kajian Tinjauan Penggunaan Perpustakaan CIAST yang bertujuan
          mengenal pasti kadar penggunaan Perpustakaan  CIAST. Kajian ini terbuka kepada kakitangan dan
          pelatih CIAST, Shah Alam.






















                                Aktiviti Perpustakaan CIAST Sepanjang Tahun 2023


                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 139
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146