Page 70 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 70
Laporan Tahunan CIAST 2022
SEMINAR ANJURAN CIAST
Seminar Penyelidikan dan Inovasi
Pelaksanaan seminar merupakan satu platform yang penting untuk perkongsian ilmu di
kalangan pengurusan dan tenaga pengajar TVET. Melalui platform dan topik yang dipilih
ini, peserta mendapat pengetahuan baru mengenai metodologi-metodologi yang telah
terbukti berkesan dan banyak diaplikasikan di dalam organisasi dan juga industri. Jadual 2 di
bawah adalah senarai seminar yang telah berlangsung. Sebanyak dua (2) siri seminar telah
dilaksanakan sepanjang tahun 2022
Tajuk: Seminar Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersilan 2022
Tarikh: 27 September 2022
Bil. Peserta: 21 orang
Penceramah Seminar:
1. En. Muhammad Hazif Azlan bin Ziaudin Ahamed (Director & Co-Founder, Teraju IP
Sdn. Bhd.) – Topik: Pengenalan kepada Sistem Harta Intelek di Malaysia
2. En. Muhammad Azroie Bin Mohamed Yusoff (Pegawai Penyelidik, Institut
Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)) - Topik: Pengkomersional Inovasi :
Pengalaman NAHRIM
3. Tn. Hj. Norman Kusin (Innovator dan Ejen Paten MyIPO (Mantan Pengarah CIAST) -
Topik: Cabaran Innovator di Institusi TVET
Tajuk: Seminar TVET Fellowship 2022
Tarikh: 15 Disember 2022
Bil. Peserta: 209 orang
Pembentangan Felo:
1. En. Nor Azwan bin Abdul Shukor (CIAST) – Topik: Vibration Analysis in Mechanical
2. En. Abdul Karim bin Rahman (ILP PEDAS, JTM) - Topik: Pengenalpastian Hazard,
Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) di ILP Pedas
3. Ts. Mohd. Azrul bin Jaafar (CIAST) – Topik: Natural Fiber Composite 1
4. Pn. Sharida binti Mohd Sharif (CIAST) – Topik: Keberkesanan Pembangunan
Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET
5. Tn. Hj. Hafiz bin Saad (CIAST) – Topik: Natural Fiber Composite 2
Pembentangan Kajian:
1. UKM Pakarunding Sdn. Bhd. - Kajian Cabaran dan Impak Pensijilan Profesional
Industri dan Antarabangsa di Malaysia
2. UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd. - Kajian Penambahbaikan Kaedah
Pembangunan dan Kesesuaian Struktur Standard oleh Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK) dalam Era New Collar Job
3. Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. - Kajian Kebolehlaksanaan Transformasi Sijil
Fizikal kepada Sijil Elektronik Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
68