Page 68 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 68

Laporan Tahunan CIAST 2022




        MAJLIS  KONVOKESYEN  2022  PUSAT  LATIHAN  PENGAJAR  &
        KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)


        Majlis  Konvokesyen  CIAST  Tahun  2022  telah  diadakan  pada  23  Julai  2022  di  Shah  Alam
        Convention  Centre (SACC),  Seksyen  14,  Shah  Alam, Selangor. Majlis Konvokesyen  CIAST
        Tahun 2022  adalah bagi meraikan graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian
        di CIAST daripada tahun 2016 hingga 2019. Bilangan graduan yang layak dianugerahkan
        Diploma dan Sijil adalah seramai  1797  orang yang terdiri daripada graduan Diploma
        Pengajar Vokasional (DPV) Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV), Sijil Kemahiran
        Malaysia Tahap 3 dengan Sijil Pengajar Vokasional (SKM3+VTO) dan Sijil Pengajar Vokasional
        (VTO). Majlis konvokesyen tahun 2022 turut melibatkan graduan daripada Kampus Satelit
        CIAST  (CSC)  daripada 14  CSC  seluruh  negara. Majlis  Konvokesyen  CIAST  Tahun  2022  ini
        telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Awang  bin  Hashim, Timbalan Menteri
        Sumber Manusia. Secara keseluruhannya Majlis Konvokesyen CIAST Tahun 2022 diadakan
        dengan penuh meriah dan mencapai objektifnya bagi memartabatkan profesion pengajar
        kemahiran serta imej CIAST khususnya.










                                                                 Cokmar “Kesatria Pendeta”




        Majlis Konvokesyen  tahun  2022  telah diperlihatkan  dengan  perarakan masuk Cokmar
        “Kesatria Pendeta” buat  pertama kalinya.  Cokmar “Kesatria Pendeta” yang  dibawa  oleh
        Bentara semasa perarakan masuk tetamu kehormat merupakan lambang kekuasaan Pusat
        Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Makna khusus dari setiap rekabentuk yang
        terdapat pada cokmar memberikan nilai-nilai kekuatan dan keutuhan yang melambangkan
        falsafah penubuhan CIAST yang diterjemah melalui tujuh motif utamanya.





















                                                  66
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73