Page 66 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 66
Laporan Tahunan CIAST 2022
AKREDITASI ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION
COMMISSION (APACC)
CIAST merupakan institusi pertama di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang
telah mengorak langkah ke arah persijilan akreditasi di peringkat antarabangsa serta telah
berjaya memperoleh pengiktirafan antarabangsa Asia Pacific Accreditation and Certification
Commission (APACC) pada tahap Gold Level Accreditation pada 29 Jun 2022.
APACC merupakan satu badan akreditasi di bawah Colombo Plan Staff College (CPSC)
dan dianggotai oleh 17 negara rantau Asia Pasifik yang berpangkalan di Manila, Filipina.
Penganugerahan ini adalah merupakan akreditasi tunggal khusus untuk institusi TVET
di rantau Asia Pasifik. Ia merupakan penanda aras kecemerlangan institusi aliran
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik bagi aspek kualiti,
kebertanggungjawaban dan kepercayaan awam terhadap institusi
Artikel berkaitan CIAST yang dipapar di laman sesawang rasmi APACC Manila
Sesi audit penilaian akreditasi telah berlangsung pada 30 Mei 2022 sehingga 3 Jun 2022
secara dalam talian oleh pasukan pengauditan APACC yang diketuai oleh Dr. Paiboon
Saiyawongs dari Thailand, Dr. Demetrio Anduyan Jr. dari Filipina selalu ahli pasukan audit
serta Adrienne Abril-Nonan selaku sekretariat APACC Manila.
Pada tanggal 29 Jun 2022, CIAST memperoleh keputusan pegauditan dan telah berjaya
mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa melalui pengiktirafan Gold Level
Accreditation bagi akreditasi APACC.
64