Page 36 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 36
Laporan Tahunan CIAST 2022
Latihan Sangkutan Industri (LSI)
LSI merupakan program penempatan tenaga pengajar TVET untuk menjalani latihan secara
terancang dan diselia oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan di firma dalam bidang
pengkhususan masing-masing berdasarkan Sistem TiPS bagi suatu tempoh masa tertentu.
Melalui program LSI, pengajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam
bidang masing-masing serta menjadikan mereka lebih kreatif dalam melahirkan graduan
berkemahiran yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
CIAST merupakan penyelaras LSI dengan kerjasama agensi-agensi yang terlibat dan secara
langsung dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara institusi dengan industri. Terdapat
11 Agensi yang terlibat dalam Program Latihan Sangkutan Industri pada Tahun 2022.
Seramai 438 orang pengajar TVET telah menjalani LSI dan ia telah melebihi daripada yang
disasarkan seramai 300 orang sahaja. 10 buah agensi telah berjaya menghantar tenaga
pengajar masing-masing untuk menjalani LSI dalam pelbagai bidang. Butiran maklumat
pelaksanaan penempatan LSI adalah seperti di Jadual 12.
Jadual 12: Agensi dan Jumlah Pengajar TVET Terlibat Dalam
Latihan Sangkutan Industri (LSI) Pada Tahun 2022
Bil Agensi Bil. Pengajar TVET
1 Jabatan Pembangunan Kemahiran 12
2 Jabatan Tenaga Manusia 58
3 Jabatan Pendidikan Politeknik Dan 157
Kolej Komuniti
4 Kementerian Belia dan Sukan 53
5 Majlis Amanah Rakyat 68
Bahagian Pendidikan Latihan Teknik
6 77
& Vokasional
7 Agensi Anti Dadah Kebangsaan 1
8 Jabatan Kebajikan Malaysia 2
9 Jabatan Penjara Malaysia 3
10 Polis Di Raja Malaysia 5
JUMLAH 438
34