Page 33 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 33
Laporan Tahunan CIAST 2022
Program PPT Khas TVET Instruction (TVET I) dan TVET Management
(TVET M)
Program PPT Khas juga telah dijalankan bagi mempersijilkan pegawai di Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) dan CIAST dengan sijil TVET Instruction (TVET I) dan TVET
Management (TVET M). Program ini telah berjaya mempersijilkan seramai 365 orang peserta
dan satu Majlis Pentauliahan Sijil TVET Management telah diadakan pada 8 November 2022
bertempat di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi.
Kursus Reskilling Program SPD
Selain itu, Program SPD juga telah melaksanakan dua Kursus Reskilling yang melibatkan
peserta daripada agensi TVET awam. Kursus tersebut adalah Kursus e-Learning Lab on Digital
TVET dan Kursus Modular Creation and Pedagogy. Bagi kursus e-Learning Lab on Digital TVET,
peserta dapat membiasakan diri dengan alatan dan teknologi konkrit untuk membangunkan
kandungan pembelajaran yang menarik, menghiburkan dan mengarusperdanakan
kemajuan terkini dalam teknologi, termasuk Augmented Reality. Manakala bagi kursus
Kursus Modular Creation and Pedagogy, peserta dapat mengubah pembelajaran dengan
mereka bentuk kandungan pembelajaran yang menarik dan bermakna dalam pendidikan
TVET menggunakan iPad. Kedua-dua kursus ini telah disampaikan oleh pensyarah daripada
UKM. Ringkasan Kursus Reskilling adalah seperti di Jadual 10.
Jadual 10: Kursus Reskilling Program SPD
Bil Kursus Tarikh Tempat
1 e-Learning Lab on Digital TVET 17 - 21 Okt 2022 MARDI Serdang
31 Okt - 4 Nov
2 Modular Creation and Pedagogy 2022 MARDI Serdang
31