Page 29 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 29
Laporan Tahunan CIAST 2022
KURSUS JANGKA PENDEK ANJURAN PROGRAM PEMBANGUNAN
PROFESIONAL KEMAHIRAN (SPD)
Sepanjang tahun 2022, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD) telah
menawarkan pelbagai kursus kepada tenaga pengajar kemahiran pelbagai agensi di seluruh
Malaysia. Tenaga pengajar yang terlibat termasuk daripada CIAST, agensi-agensi TVET awam
dan swasta dan juga mana-mana perseorangan yang berminat.
Antara Kursus Modular dan Customised yang dilaksanakan pada tahun 2022 adalah kursus
TM002 Basic Training Methodology for Instructor dan NCS004:2017 Train the Trainer. Pemegang
kedua-dua sijil kursus ini diterima untuk didaftarkan sebagai personel Pusat Bertauliah
(Pegawai Penilai bagi Kursus Modular) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Selain itu, kedua-dua sijil kursus ini juga boleh digunakan untuk memohon sebagai Trainer
di bawah HRD Corp.
Kursus NCS004:2017 Train the Trainer
27