Page 41 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 41
Laporan Tahunan CIAST 2022
KURSUS JANGKA PENDEK ANJURAN PROGRAM PEMBELAJARAN
ELEKTRONIK & MULTIMEDIA (PEM)
KURSUS
JANGKA
PENDEK 2022
Anjuran PEM
Program Pembelajaran Elektronik & Multimedia (PEM) menawarkan kursus jangka
pendek dalam bidang ICT dan Multimedia. Program ini menawarkan pelbagai kursus bagi
membangunkan kemahiran dalam pengkomputeran multimedia dan juga pengetahuan
secara mendalam berkaitan dengan teknologi multimedia terkini. Semua kursus yang
ditawarkan direkabentuk untuk memberikan kefahaman berkaitan teknologi multimedia
dan kemahiran yang membolehkan para peserta menggunakan multimedia secara kreatif.
Antara kursus jangka pendek yang dikendalikan adalah seperti kursus Modular, kursus
Customised, kursus In-house, kursus Reskilling, kursus Penjana Kerjaya PERKESO, Train of
Trainer (ToT) dan seminar. Pada tahun 2022, pelaksanaan sebanyak 38 kursus di bawah
program ini telah berjaya direalisasikan dengan melatih seramai 637 peserta. Para peserta
adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu dari institusi latihan awam, persendirian
dan swasta. Kursus telah dijalankan secara bersemuka, hibrid dan dalam talian.
39