Page 50 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 50
LATIHAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI PENGAJAR TVET
(BPKPTVET)
Latihan Reskilling, Upskilling dan Profesional TVET
Sejajar dengan keperluan industri dan perubahan teknologi yang dinamik di peringkat global, maka
satu mekanisme secara terancang adalah perlu untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran
sedia ada dalam kalangan tenaga pengajar institusi latihan kemahiran awam. Ini penting untuk
menyedia dan melengkapkan tenaga pengajar dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai
bagi melaksanakan latihan yang berkesan di institusi latihan kemahiran awam. Pelaksanaan latihan
tersebut adalah berdasarkan kepada profil pengajar kemahiran yang telah dibangunkan. Ini bertujuan
untuk menutup jurang yang wujud pada setiap pengajar kemahiran supaya latihan yang berkualiti dapat
disampaikan kepada pelatih.
Aktiviti latihan di bawah skop latihan reskilling, upskilling dan profesional yang dilaksanakan di agensi
yang terlibat adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada tenaga pengajar
TVET mengikut keperluan bidang kemahiran masing-masing. Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui
CIAST telah dilantik sebagai urus setia program di bawah RMK-12 bagi menyelaras dan memantau
pelaksanaan dan perbelanjaan bagi program tersebut.
Modul latihan dan kursus dibangunkan melalui sistem TiPS di mana data kekompetenan pengajar
dianalisa bagi memastikan pelaksanaan kursus memenuhi keperluan pengajar. Kursus-kursus
peningkatan kemahiran yang dijalankan perlu merujuk kepada analisa keperluan latihan (ability
48 Laporan Tahunan CIAST 2023