Page 48 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 48
KURSUS JANGKA PENDEK ANJURAN PROGRAM PEMBELAJARAN ELEKTRONIK
DAN MULTIMEDIA (PEM)
Dalam usaha memperkukuhkan kebolehan masyarakat dalam bidang pengkomputeran multimedia,
Program Pembelajaran Elektronik & Multimedia (PEM) telah menyediakan pelbagai kursus yang
dirancang khusus bagi membantu mempertingkatkan pemahaman mengenai teknologi multimedia yang
terkini. PEM telah menganjurkan pelbagai kursus jangka pendek yang bertumpu pada pengembangan
kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Multimedia.
Di antara kursus yang ditawarkan di bawah PEM merangkumi modular, customised, reskilling, Train
of Trainer (TOT), in-house, seminar dan projek Digital 4All di bawah Program Bitara Madani. Kesemua
kursus ini telah disusun dengan teliti untuk memastikan peserta memperoleh pemahaman mendalam
tentang teknologi multimedia serta kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan multimedia secara
kreatif.
Rajah 3: Pencapaian Kursus Jangka Pendek PEM
Pada tahun 2023, PEM berhasil melaksanakan 39 kursus yang telah dihadiri oleh 484 orang peserta
terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk institusi latihan awam, persendirian dan swasta.
Pelaksanaan kursus ini melibatkan sesi bersemuka di dalam Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran
Lanjutan (CIAST) dan di luar kawasan CIAST, serta menggunakan platform pembelajaran dalam talian
untuk menyokong pembelajaran jarak jauh.
Kejayaan program ini mencerminkan komitmen PEM dalam menyediakan peluang pembelajaran yang
berkualiti dan relevan dalam menghadapi dinamika teknologi multimedia. Dengan kepelbagaian kursus
46 Laporan Tahunan CIAST 2023