Page 42 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 42

Jadual 8: Bilangan Pentauliahan Fasilitator Tahun 2023

                  Bil.                     Perkara                          Bilangan
                 1.    Fasilitator Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)            18

                 2.    Fasilitator Soalan Latihan Kemahiran                   25




                          Jadual 9: Bilangan Pentauliahan Fasilitator sehingga Tahun 2023

                  Bil.                     Perkara                          Bilangan

                 1.    Fasilitator NOSS (DESCUM)                              363

                 2.    Fasilitator Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)            263
                 3.    Fasilitator Soalan Latihan Kemahiran                   185




          Program Latihan dan Persijilan kepada Pengajar TVET dengan Kelayakan Mengajar Tertinggi (KMT) -
          Metodologi Pengajaran Dalam dan Luar Negara




          Pelaksanaan Program Latihan dan Persijilan Kelayakan Mengajar Tertinggi Pengajar TVET – Metodologi
          Pengajaran Dalam dan Luar Negara merupakan aktiviti pembangunan di bawah Skop 3, Projek 5
          Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bertujuan meningkatkan pemilikan pensijilan Diploma
          Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) dan Diploma Lanjutan Pengurusan TVET (P853-002-5:2021) selain
          menutup jurang kompetensi Metodologi Pengajaran dalam kalangan tenaga pengajar/personel TVET
          ke arah pelaksanaan penyampaian latihan dan pengurusan TVET yang cekap dan berkesan.  Persijilan
          ini juga memenuhi kriteria wajib yang digariskan dalam Garis Panduan Kenaikan Pangkat Berasaskan
          Kriteria Kecemerlangan (KC), membuka peluang bagi urusan kenaikan pangkat, peningkatan imej dan
          profesionalisme pengajar TVET, di samping menyokong pelaksanaan Perakuan Pengiktirafan Kelayakan
          sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dalam pengurusan latihan kemahiran di Pusat Bertauliah.
          Program KMT ini juga menyokong usaha melahirkan Master Trainer melalui Program Pembangunan
          Master Trainer (Metodologi Pengajaran) merujuk kepada abiliti – abiliti di bawah bidang ACP/P853/
          T2(18.06.2021)(14) Pengajar Latihan Vokasional (terkini) TVET Instructor eProfiling System (TiPS);

          Sepanjang tahun 2023, KMT telah melatih dan mempersijilkan sebanyak 60 orang tenaga pengajar/
          pegawai JPK dan CIAST dengan pensijilan Diploma Pengajaran TVET (853-002-4:2021) dan Diploma
          Lanjutan Pengurusan TVET (P853-002-5:2021), menjalankan lima (5) kursus di bawah Program
          Pembangunan Master Trainer (Metodologi Pengajaran) melibatkan seramai 209 orang peserta,
          membangunkan garis panduan pelaksanaan KMT dan menjalankan empat (4) kursus RUP melibatkan
          83 orang peserta.



          40  Laporan Tahunan CIAST 2023
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47