Page 38 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 38

Kursus anjuran ULKK SLDN


          Pembangunan Kurikulum dan Fasilitator

          Sepanjang tahun 2023, Unit Pembangunan Kurikulum dan Fasilitator (UPKF) telah menyelaras
          pelaksanaan program Pembangunan Kepakaran & Profesionalisme Tenaga Pengajar TVET. Program ini
          bertujuan mempersiapkan tenaga pengajar TVET dengan kompetensi teknikal dan kemahiran teknik
          mengajar sebelum memulakan perkhidmatan agar kekal dinamik dan responsif kepada keperluan
          semasa. Program ini melibatkan peserta awam dan swasta yang terdiri dari pelbagai agensi yang telah
          berdaftar sebagai Pusat Bertauliah (PB) dan pakar-pakar industri yang terlibat dalam Pembangunan
          National Occupational Skills Standard (NOSS). Latihan yang terlibat adalah meliputi Kursus
          Pembangunan  Bahan Pengajaran  Bertulis  (WIM), Kursus  Pembangunan  Soalan Latihan  Kemahiran
          (SLK) dan Kursus Kemahiran Fasilitator NOSS/WIM/Soalan Latihan Kemahiran.



          Kursus Pembangunan National Occupational Skills Standard (NOSS)

          Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pakar-pakar industri dan personel pusat bertauliah
          yang terlibat dalam pembangunan dan kelulusan NOSS mengenai teknik dan tatacara membangunkan
          Occupational Structure (OS),  Occupational Area  Structure (OAS),  Competency  Profile  Chart (CPC),
          Competency Profile (CP), Curriculum of Competency Unit (CoCU) dan Standard Practice (SP) untuk
          memenuhi standard pekerjaan di Malaysia.




















          36  Laporan Tahunan CIAST 2023
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43