Page 173 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 173

KELAB KAKITANGAN CIAST

          Kelab Kakitangan CIAST (KKC) telah ditubuhkan pada 29 September 2000 dan berdaftar di bawah Jabatan
          Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 2 Ogos 2001. Jumlah ahli KKC yang aktif sehingga 30 November
          2023 ialah seramai 227 orang.


          Mesyuarat Agong Kali Ke-19 telah diadakan pada 22 Mac 2023 di Auditorium CIAST bagi pelantikan
          Jawatankuasa Induk sesi 2023/2025 dan pelaporan aktiviti sepanjang tahun 2022.

          Sumbangan dan Kebajikan: Tabung CIAST Prihatin (TCP)


          Tabung CIAST Prihatin (TCP) merupakan tabung yang digunakan bagi menyampaikan sumbangan kepada
          ahli KKC mengikut kategori penerima/bencana. Dana tabung ini diperoleh daripada hasil sumbangan
          pegawai CIAST dari semasa ke semasa. Jadual berikut adalah kadar sumbangan yang telah ditetapkan
          mengikut kategori;


                          Jadual 29: Kadar Sumbangan Kepada Ahli KKC Mengikut Kategori

              Bil.               Kategori Penerima / Bencana                  Kadar (RM)
              (a)  Ahli Meninggal Dunia                                          500
              (b)  Pasangan pertama / anak ahli meninggal dunia                  250

              (c)  Ibu/ Bapa ahli meninggal dunia                                100
              (d)  Ahli yang mengalami bencana alam                              200
              (e)  Ahli masuk wad (≥3 hari)                                      150
               (f)  Sumbangan khusus                                         case by case

          Penyampaian sumbangan TCP kepada ahli yang terlibat telah diselaraskan oleh Biro Kebajikan bersama
          Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). Perkara (d), (e) dan (f) dalam Jadual 29 hanya diberi sekali setahun
          sahaja. Kutipan Tabung CIAST Prihatin diagihkan 60% kepada KKC dan 40% kepada PUSPANITA.


















                 Sumbangan Kepada Ahli KKC Yang Dimasukkan ke Wad dan Kehilangan Ahli Keluarga



                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 171
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178