Page 171 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 171

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan MPP Sesi 2/2022 dan Penyerahan Surat



          Lantikan MPP Baharu Sesi 1/2023
          Tarikh: 29 Ogos 2023 (Selasa)
          Tempat: Bilik Mesyuarat Terbilang
          Majlis penyerahan sijil penghargaan bagi MPP Sesi 2/2022 yang telah berakhir pada 31 Ogos 2023 dan
          watikah pelantikan bagi MPP Sesi 1/2023 telah diadakan pada 29 Ogos 2023 di Bilik Mesyuarat Terbilang
          dan telah disampaikan oleh Tn. Haji Johari bin Mohd Tahar, Timbalan Pengarah (Perancangan dan
          Pembangunan) (PP) dan Dr. Norhuda binti Salim, Ketua Program Pembangunan Kemahiran (KP PPK).
          Seramai sembilan (9) orang lantikan bagi jawatan telah diisi oleh pelajar-pelajar DLPV dan DPV Sesi
          1/2023.
























          Gotong-royong Mengecat Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Blok R


          Tarikh: 1 November 2023 (Sabtu)
          Tempat: Bilik MPP, Blok R
          Gotong-royong menceriakan bilik MPP telah dimulakan pada tarikh 1 November 2023 dan masih lagi
          berjalan sehingga kini dengan menggunakan lebihan cat sumbangan daripada Unit Skills Malaysia.



















                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 169
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176