Page 157 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 157
Di samping itu, beberapa siri aktiviti promosi ke Pusat Bertauliah Awam dan Swasta serta agensi TVET
telah dilaksanakan dengan penyampaian taklimat pengenalan CIAST. Aktiviti promosi ini bertujuan untuk
mempromosikan program-program CIAST, kursus-kursus jangka panjang dan jangka pendek CIAST
kepada pelajar Pusat Bertauliah, Agensi TVET, pengajar TVET serta guru kaunseling secara bersemuka.
Pemilihan lokasi bagi aktiviti promosi ini telah dirancang terlebih dahulu di samping menerima jemputan
daripada pusat bertauliah yang berkenaan. Senarai aktiviti promosi adalah seperti di jadual berikut:
Jadual 36: Aktiviti Promosi ke Pusat Bertauliah dan Sekolah
Bil. Pusat Bertauliah (PB) Tarikh
Azmida Technical College, Taman Gombak
1. 18 Januari
Permai, Selangor
2. KV Klang 15 Februari
3. ILP Pedas 15 Mac
4. KV Gombak 17 April
5. Johor Development Skill Centre Pasir Gudang 10 Mei
6. GiatMara Bukit Katil 14 Jun
7. GiatMara Gelang Patah, Johor 15 Jun
8. PPKI SMK SS17 20 Jun
9. SMK Pandamaran Jaya sempena Karnival STEM 12 Julai
10. SMK Nilai Impian sempena Karnival TVET 6 November
CIAST turut menyertai beberapa pameran bagi mempromosikan program-program CIAST, projek-projek
inovasi, kursus-kursus jangka panjang dan jangka pendek CIAST kepada orang awam. Sasaran promosi
melalui pameran ini adalah pekerja/majikan industri, pelajar/guru sekolah, ibu bapa serta belia.
Laporan Tahunan CIAST 2023 155