Page 155 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 155

Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri Sumber Manusia ke CIAST, Shah Alam

          Pada 31 Januari 2023, YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia dengan diiringi oleh Datuk Ts.
          Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia serta delegasi pengurusan tertinggi Kementerian
          Sumber Manusia dan JPK telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke CIAST.  Delegasi disambut oleh Ts.
          Dr. Mohamad bin Sulaiman, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran pada ketika itu dan Pengarah
          CIAST, Ts. Zuleah binti Darsong.

          YB Menteri dan YB Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Manusia telah diberikan taklimat berkenaan
          Jabatan seterusnya melawat bengkel Automotif dan Pengeluaran. Sesi lawatan kerja ini diakhiri dengan
          aktiviti penanaman pokok. YB Menteri menzahirkan rasa gembira atas kejayaan CIAST dan berharap
          agar CIAST terus melahirkan lebih ramai tenaga pengajar TVET yang berpengetahuan dan berkemahiran
          tinggi.






























                     Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri Sumber Manusia ke CIAST Shah Alam











                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 153
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160