Page 119 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 119
PERTANDINGAN KEMAHIRAN
CIAST merupakan penyedia lokasi bagi latihan dan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan
di mana Unit Skills Malaysia telah diberikan tanggungjawab bagi menyelaras keperluan sebagai
tapak pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB), WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) dan
WorldSkills Malaysia Junior (JSM). CIAST turut mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi dalam
melaksanakan latihan dan penyediaan lokasi pertandingan.
Pertandingan Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB)
Pertandingan akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) telah berlangsung di CIAST selama 8 hari bermula
dari 18 hingga 25 September 2023. Sebanyak 8 bidang kemahiran telah dipertandingkan sepanjang
tempoh berkenaan bagi merebut anugerah tertinggi negara bagi bidang TVET iaitu Anugerah Tangan
Emas Perdana Menteri.
Jadual 34: Bilangan Bidang dan Peserta Mengikut Bidang Kemahiran yang Dipertandingkan
Bil. Bidang Tarikh Bil. Peserta Lokasi Pertandingan
1. Automobile Technology 21-25 September 11 Bengkel Automotif
2. Electronics 18-22 September 10 Bengkel Elektronik
12 peserta
3. Mechatronic 18-22 September Bengkel Mekatronik
(6 pasukan)
4. Web Technologies 18-22 September 7 Makmal Komputer 1A
5. Graphic Design
Technology 18-22 September 5 Bilik Kuliah 28
IT Network System Makmal Komputer
6. 18-22 September 8
Administration Rangkaian
Makmal Komputer
7. IT Software 18-22 September 8
Software
8. Beauty Therapy 18-22 September 7 Bilik Kuliah 24
Suasana sekitar pertandingan WorldSkills Malaysia Belia di CIAST
Laporan Tahunan CIAST 2023 117