Page 96 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 96

Laporan Tahunan CIAST 2022



        LAPORAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI CIAST 2022




           PERKARA
            AKTIVITI               LAPORAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI CIAST
            TUJUAN/    Skop Pensijilan MS ISO9001:2015 CIAST:
           OBJEKTIF    Penyediaan program latihan kemahiran “Modular dan Customised”

           DESKRIPSI  CIAST telah memulakan pensijilan MS ISO bermula pada 15 Februari 2009.
            RINGKAS    Sistem Pengurusan  Kualiti  (SPK)  Pusat Latihan  Pengajar dan  Kemahiran
                       Lanjutan (CIAST)  telah mendapat pensijilan  semula MS ISO 9001:2015
                       untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 23 Februari 2021 sehingga
                       14 Februari 2024 dengan no. pensijilan 10337946 daripada Lloyd’s Register
                       of Shipping (M) Bhd.
                       Pensijilan semula telah dilaksanakan oleh Pasukan Auditor yang diketuai
                       oleh Tuan Haji Mohd  Ramli bin  Mohd  Daud daripada Lloyd’s Register
                       yang diadakan secara remote assessment pada 10 dan 11 Februari 2021
                       yang  lalu.    Remote  assessment  terpaksa dilaksanakan  oleh  pihak  auditor
                       terhadap pematuhan kepada standard ISO 9001:2015 CIAST mengikut
                       pelan  yang  dirancang  memandangkan  negara  masih  dalam  tempoh
                       Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  akibat pandemik  covid-19  yang
                       melanda. Kesediaan auditee dan penyediaan dokumentasi yang proaktif
                       menjadi  tonggak  utama dalam memastikan kelancaran aktiviti  auditan.
                       Pihak auditor mendapati bahawa koordinasi mesyuarat yang berkesan
                       memperlihatkan komitmen yang tinggi  daripada pihak  Pengurusan
                       CIAST.   Selain  daripada itu,  Perancangan Strategik yang  terkehadapan
                       dan  memacu kecemerlangan  CIAST  telah  disemak  melalui  latihan  dan
                       keberkesanan latihan yang dibekalkan oleh CIAST.

                       Pengarah CIAST, Ts. Dr. Mohamad bin Sulaiman dalam ucapan penutup
                       pada 11 Februari 2021  telah merakamkan  ucapan terima kasih dan
                       syabas kepada semua auditee yang  terlibat.  Beliau  turut  menyambut
                       baik penemuan-penemuan audit  yang  disampaikan oleh pihak  auditor
                       dan  berharap  agar penemuan  audit  ini  akan  menjadi  panduan  kepada
                       warga CIAST agar terus mengorak langkah ke hadapan dalam menjayakan
                       Pelan Strategik CIAST 2021-2025. Pengurus Kualiti CIAST, Ts. Dr. Norhayati
                       binti Yahaya turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada
                       semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan auditan ini.  Jawatankuasa
                       SPK CIAST akan berterusan memastikan jaminan terhadap standard sistem
                       pengurusan kualiti CIAST diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

                       Semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai pendorong  dan semangat
                       untuk  terus komited dan mengekalkan budaya kerja berpasukan agar
                       lebih  banyak  kejayaan yang  membanggakan dapat dicapai pada masa
                       akan datang.











                                                  94
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101