Page 106 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 106

Laporan Tahunan CIAST 2022




        PERTANDINGAN KEMAHIRAN

        CIAST merupakan penyedia lokasi bagi latihan dan pertandingan kemahiran peringkat
        kebangsaan  dimana Unit  SkillsMalaysia telah  diberikan  tanggungjawab  bagi  menyelaras
        keperluan sebagai tapak pertandingan World Skills Malaysia Belia – WSMB, WorldSkills Malaysia
        Pengajar – WSMP dan WorldSkills Malaysia Junior. CIAST juga bekerjasama erat dengan Majlis
        Pemulihan Malaysia (MCR) bagi menyelaraskan pertandingan Abilympic terutamanya bagi
        bidang Teknologi Maklumat.

        WorldSkills Competition 2022 (WSC 2022)


        Pertandingan peringkat dunia ini diadakan setiap dua tahun dan pada tahun 2022, lokasi
        pertandingan adalah di Shanghai China. Ujian Kelayakan Amali Akhir Calon Peserta WorldSkills
        Competition 2022 telah diadakan di CIAST pada 24 Januari hingga 9 Februari 2022 bagi memilih
        calon-calon yang berkelayakan menyertai pertandingan tersebut.

        CIAST juga telah dipilih sebagai lokasi latihan bagi 5 orang peserta yang mewakili Negara ke
        WSC Shanghai 2022 bermula pada 11 April sehingga 7 Oktober 2022.






































                        Sekitar Ujian kelayakan amali WSC 2022 dan pertandingan
                                pra kelayakan JuniorSkills Malaysia (JSM)

                                                 104
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111