Page 105 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 105
Laporan Tahunan CIAST 2022
MENAIK TARAF KOMPETENSI PENGAJAR TVET CIAST- JPK MELALUI
PENGIKTIRAFAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)
Pegawai dan pengajar TVET yang berada di JPK memainkan peranan besar dalam
memartabatkan TVET di Malaysia. Namun begitu, kebanyakan mereka belum mendapat
sebarang pengiktirafan daripada badan-badan profesional di negara ini. Bagi meningkatkan
keberkesanan dan kepercayaan orang ramai serta industri, satu pengiktirafan sekurang-
kurangnya dimiliki oleh pengajar-pengajar ini.
MBOT bertanggungjawab mendaftar graduan teknologis dan juruteknik untuk diiktiraf
sebagai Professional Technologists, Graduate Technologist, Certified Technicians dan Qualified
Technician. MBOT mengiktiraf TVET sebagai salah satu cabang teknologis yang membantu
pembangunan negara. Justeru ini merupakan peluang kepada warga JPK sebagai nilai
tambah kepada pengajar TVET
Rajah 17: Statistik Pengiktirafan Profesional MBOT
103