Page 80 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 80

PENGIKTIRAFAN ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION
          COMMISSION (APACC)

          CIAST telah memperoleh Tahap Emas bagi akreditasi APACC dengan skor sebanyak 470 dengan
          peratusan sebanyak 94% berdasarkan kepada tujuh (7) kriteria penilaian iaitu tadbir urus dan pengurusan;
          pengajaran dan pembelajaran; sumber manusia; penyelidikan dan pembangunan; imej dan kelestarian;
          sumber lain dan khidmat sokongan pelajar.

          Pada tahun 2023, sasaran CIAST dalam pengiktirafan yang dianugerahkan oleh Asia Pacific Accreditation
          and  Certification  Commission  (APACC)  adalah  memperbaiki  kedudukan  terkini  iaitu  daripada  tahap
          Emas kepada tahap Platinum. Pencapaian akreditasi APACC pada tahap Emas membuktikan bahawa
          sistem pengajaran dan pembelajaran CIAST telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di
          peringkat antarabangsa. Ini bermakna graduan daripada sistem pengajaran dan pembelajaran CIAST
          seharusnya mampu bersaing sehingga di persada antarabangsa.







































                   Sijil APACC Tahap Emas yang telah dianugerahkan kepada CIAST hingga Jun 2024










          78  Laporan Tahunan CIAST 2023
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85