Page 31 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 31

KURSUS JANGKA PENDEK ANJURAN PROGRAM PEMBANGUNAN PENGAJAR
          KEMAHIRAN (PPK)



          Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK) telah melaksanakan pelbagai program peningkatan
          kemahiran yang bertujuan untuk melatih serta meningkatkan tahap kepakaran tenaga pengajar TVET,
          pekerja industri dan orang awam. Program peningkatan kemahiran ini melibatkan bidang kemahiran
          teknikal, Industri 4.0 dan juga bidang teknologi baharu (New Emerging Technology) merangkumi lapan
          (8) program peningkatan kemahiran iaitu:



                  i.   New Emerging Technology (NET)
                 ii.   Train of Trainer (TOT) Industry 4WRD,
                iii.  Reskilling/Upskilling
                iv.  Profesional
                 v.   Program kemahiran percuma sempena National Training Week
                vi.   Modular dan Customised
               vii.   Program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah PERKESO
              viii.   Program Peningkatan Kompetensi Kemahiran Tenaga Kerja Kumpulan
                   PLV/PPLV di JPK/CIAST 2023.



          Sepanjang tahun 2023, PPK telah berjaya melaksanakan sebanyak 59 kursus yang telah dihadiri oleh
          seramai 645 orang peserta. Peserta kursus terdiri daripada tenaga pengajar institusi TVET, kakitangan
          agensi kerajaan dan swasta, pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diberhentikan kerja, pelajar
          sekolah serta orang awam.

          Pelaksanaan program-program peningkatan kemahiran ini telah berjaya memartabatkan CIAST sehingga
          memenangi tempat kedua dalam Talent  Empowerment Award bagi kategori  Government Training
          Provider bersempena dengan International Public Employment Forum (IPEF 2023) anjuran PERKESO
          pada 11 Oktober 2023  di  Kuala Lumpur Convention Centre  (KLCC).  Pengiktirafan  ini menunjukkan
          bahawa kualiti latihan di bawah Program PPK adalah antara yang terbaik dan relevan seiring dengan
          perkembangan teknologi semasa.















                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023  29
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36