Page 165 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 165

CIAST TO COMMUNITY – CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)


          Secara  umumnya,  tanggungjawab  sosial  korporat  atau  Corporate  Social  Responsibility  (CSR)
          bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil
          tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi.
          CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan
          imej organisasi. CSR mampu memberikan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada CIAST dalam
          mempromosi perkhidmatan mahupun jenama CIAST sendiri.

          Beberapa program telah dirangka yang melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Menerusi
          program-program berkenaan, usaha untuk memperkenalkan CIAST sebagai sebuah agensi kerajaan
          yang bertanggungjawab serta mempelopori latihan kemahiran dapat dilaksanakan. Beberapa aktiviti
          kesedaran telah dianjurkan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam. Penganjuran aktiviti-
          aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama daripada badan-badan korporat tempatan mahupun
          antarabangsa, pertubuhan, persatuan dan masyarakat awam.


          Aktiviti CSR yang dijalankan oleh CIAST bagi tahun 2023 adalah:
          Program        : Program CSR Penyelenggaraan Kereta
          Tarikh         : 7 Disember 2023
          Tempat         : Surau Silaturahim, Taman SPPK Segambut, Kuala Lumpur.
          Masa           : 8.00 pagi – 5.00 petang
          Peserta        : 20 Orang





































                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 163
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170