Page 21 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 21
Laporan Tahunan CIAST 2022
KURSUS JANGKA PENDEK ANJURAN PROGRAM PEMBANGUNAN
PENGAJAR KEMAHIRAN (PPK)
Sepanjang tahun 2022, Program PPK telah melaksanakan beberapa program peningkatan
kemahiran yang bertujuan untuk melatih dan meningkatkan tahap kepakaran tenaga
pengajar TVET, pekerja industri dan orang awam dalam bidang kemahiran teknikal, Industri
4.0 dan juga bidang teknologi baharu (New Emerging Technology)
Program yang dilaksanakan adalah kursus New Emerging Technology, Kursus Train of Trainer
Industry 4WRD, Kursus Reskilling/Upskilling dan Profesional bidang teknikal kemahiran Tinggi,
Kursus Modular dan Customised, Program Skim Insuran Pekerjaan (SIP) dan PENJANA Kerjaya
PERKESO serta Program Peningkatan Kompetensi Kemahiran PLV/PPLV JPK 2022.
Rajah 1: Bilangan peserta kursus-kursus jangka pendek PPK
Kursus New Emerging Technology
Program Latihan bagi Pembangunan Master Trainer di dalam dan luar negara bagi bidang
New Emerging Technology merupakan skop kedua di bawah Projek Pembangunan Kepakaran
dan Profesionalisma Pengajar TVET dan Personel SPKM, Program Rancangan Malaysia Ke-
12 (RMKe-12). Program ini bertujuan untuk melahirkan Master Trainer dalam bidang New
Emerging Technology melalui kepelbagaian latihan dan kursus kemahiran yang dirangka bagi
19