Page 122 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 122
Laporan Tahunan CIAST 2022
AKTIVITI PERPUSTAKAAN CIAST
Perpustakaan CIAST telah menjalankan aktiviti Kempen Menderma Buku “Keep Book Alive,
Together Let’s Donate Books” sepanjang tahun 2022 bermula April di mana pengajar boleh
menyumbangkan buku dan bahan bacaan . Antara bahan bacaan yang telah disumbangkan
ke Perpustakaan adalah seperti Buku Akademik (TVET), Buku Ilmiah Agama (dll) dan Buku
Bacaan Ringan (Novel, Majalah).
Sepanjang bulan April 2022, Perpustakaan CIAST juga turut serta dalam ‘Program Jom Baca
Bersama 10 Minit’ di mana Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri,
Perpustakaan Khusus, Perpustakaan Akademik serta Perpustakaan Desa seluruh Malaysia
menjalankan program ini secara serentak. Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan
Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan
Hak Cipta Sedunia.
Pada 10 Jun 2022 (Jumaat) Perpustakaan CIAST membuat lawatan ke Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 ( PBAKL2022 ) Pesta buku ini merupakan acara tahunan
negara dan diadakan selama sepuluh hari bermula pada 3 Jun hingga 12 Jun 2022 di Pusat
Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Seramai 30 orang pelajar telah menyertai lawatan
ini.
120