Apakah kursus induksi?
Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM) merupakan asas pengenalan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Ia merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk diperaku sebagai personel SPKM seperti Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) atau Pengurus Pusat Bertauliah (PPB). Kursus-kursus induksi ini dilaksanakan selama dua hari secara bersemuka/ talian oleh CIAST atau penganjur kursus yang dilantik.
Terdapat tiga (3) kategori kursus yang ditawarkan, iaitu:
- Kursus Induksi Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB);
- Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL); dan
- Kursus Induksi Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT).
Kursus Induksi PP-PPD-PPB memberi kefahaman asas SPKM dan merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi tujan dilantik sebagai personel SPKM seperti Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
Kursus Induksi PP-PPT memberi kefahaman kepada peserta tentang persijilan melalui kaedah PPT. Ia juga merupakan salah satu syarat untuk dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) dan Pegawai Pengesah Luaran- Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT).
Kursus Induksi PPL menerangkan tugas, tanggungjawab dan etika kerja ketika melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di tempat kerja/ Pusat Bertauliah. Kursus ini perlu dihadiri oleh lantikan Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB) dan Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN). Bagi Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran PPL, peserta perlu memenuhi syarat tambahan iaitu telah mengikuti Kursus Induksi PP-PPD-PPB dengan jayanya.
Apakah kelayakan peserta kursus induksi?
Kelayakan peserta-peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia adalah seperti berikut:-
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia; atau
- Pemastautin Tetap (PR)
Bagaimana hendak menyertai kursus Induksi?
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdaftar berdasarkan Jadual Penganjuran Kursus yang boleh didapati di laman web CIAST>KURSUS>JANGKA PENDEK (KURSUS INDUKSI) >JADUAL KIPPKM
Berapakah yuran peserta?
Bayaran penyertaan yang dikenakan oleh penganjur ke atas peserta tidak boleh melebihi RM 350.00 seorang.
Bilakah sijil dan keputusan akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?
Keputusan dan sijil kursus induksi akan diumumkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pelaksanaan kursus melalui system MySPIKE.
JADUAL KIPPKM November 2024
- Jadual Induksi PP-PPD-PPB 2024
- Jadual Induksi PP-PPT 2024
- Jadual Induksi PPL 2024
JADUAL KIPPKM Oktober 2024
- Jadual Induksi PP-PPD-PPB 2024
- Jadual Induksi PP-PPT 2024
- Jadual Induksi PPL 2024
JADUAL KIPPKM September 2024
- Jadual Induksi PP-PPD-PPB 2024
- Jadual Induksi PP-PPT 2024
- Jadual Induksi PPL 2024
JADUAL KIPPKM Ogos 2024
- Jadual Induksi PP-PPD-PPB 2024
- Jadual Induksi PP-PPT 2024
- Jadual Induksi PPL 2024
JADUAL KIPPKM Julai 2024
- Jadual Induksi PP-PPD-PPB 2024
- Jadual Induksi PP-PPT 2024
- Jadual Induksi PPL 2024
JADUAL KIPPKM Jun 2024
JADUAL KIPPKM Mei 2024
JADUAL KIPPKM April 2024
JADUAL KIPPKM Mac 2024
JADUAL KIPPKM Februari 2024
JADUAL KIPPKM Januari 2024
Kadar Yuran Kursus Induksi adalah RM350.00
TERBARU!!
- PENGANJUR BERDAFTAR - April 2024
- PENGANJUR BERDAFTAR - Mac 2024
- PENGANJUR BERDAFTAR - Februari 2024
- PENGANJUR BERDAFTAR - Januari 2024
1. Kursus Induksi PP-PPD-PPB (Pegawai Penilai - Pegawai Pengesah Dalaman - Pengurus Pusat Bertauliah)
2. Kursus Induksi PPL (Pegawai Pengesah Luaran)
3. Kursus Induksi PP-PPT (Pegawai Penilai - Pentauliah Pencapaian Terdahulu)
Nota Kursus Induksi PP-PPT (April 2024) - kemaskini pada April 2024
PENGANJUR | PENCERAMAH | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Borang-borang untuk Penganjur | Borang-borang untuk Penceramah | ||||||||||||||||
|