Permohonan PPKSPP dibuat secara atas talian (online) melalui https://www.myspike.my
Jenis Permohonan
1. Tambah Jawatan : Jawatan di PB lama tidak sama dengan jawatan di PB baharu
2. Tambah Program : Jawatan dan program di PB lama dengan PB baharu masih sama
3. Pembaharuan : Jawatan dan program di PB lama dengan PB baharu masih sama
Dokumen Lampiran
1. Surat berhenti di PB lama
2. Surat lantikan terkini dan setuju terima lantikan terkini (tarikh surat tidak melebihi tempoh 6 bulan dari permohonan dibuat)
3. Sijil berkaitan (rujuk DOKUMEN LAMPIRAN)
1 |
Semua permohonan melalui MySPIKE dikehendaki mengemukakan dokumen lampiran mengikut kategori Personel PB, Personel SLDN atau Pindah PB |
2 |
Panduan mengemukakan dokumen lampiran melalui MySPIKE perlu rujuk Panduan Mendapatkan URL dan memenuhi kriteria berikut : |
|
2.1 |
Hanya kemukakan dokumen lampiran yang berkaitan sahaja |
|
2.2 |
Dokumen diimbas dan diberi tajuk sebelum disimpan (save) |
|
2.3 |
Disimpan (save) dalam Google Drive melalui akaun Google individu |
|
2.4 |
Surat lantikan dan setuju terima lantikan lengkap mempunyai perkara berikut : |
|
|
2.4.1 |
Maklumat Jawatan (tanda yang berkaitan jika ada pilihan jawatan) |
2.4.2 |
Maklumat Kod dan Nama Program NOSS |
2.4.3 |
Tarikh Lantikan (tidak lebih 6 bulan dari permohonan) |
2.4.4 |
Tarikh Penerimaan Lantikan (tidak lebih 6 bulan dari permohonan) |
2.4.5 |
Pengesahan Majikan (bertanda tangan) |
2.4.6 |
Penerimaan Personel (bertanda tangan) |
|
|
2.5 |
Pastikan URL yang dikongsi dalam permohonan tiada sekatan |
|
2.6 |
Pastikan dokumen lampiran telah lengkap sepenuhnya sebelum Hantar Permohonan |
3 |
Permohonan perakuan PPB & PPB-SLDN tidak disyaratkan diperaku mengikut program |
4 |
Walaupun personel mendapat perakuan sebagai PPD dan PP di PB yang sama, namun PB tidak boleh melantik personel yang sama untuk melaksanakan pengesahan dan penilaian program yang sama pada satu-satu masa |
5 |
Personel yang sama boleh memohon perakuan PPB & PPB-SLDN atau PP, PPD & Pengajar SLDN sekiranya PB yang sama telah mendapat pentauliahan SLaPB dan SLDN |
|
6 |
Personel yang telah diperaku sebagai PP atau PPD tidak boleh diperaku sebagai Coach walaupun di PB yang sama |
|
7 |
Permohonan perakuan sebagai Coach dan Pengajar SLDN tidak dibenarkan dari kalangan personel yang sama |
|
8 |
Hanya dokumen lampiran yang telah disertakan oleh pemohon semasa tarikh semakan yang diambil kira sebagai dokumen sokongan permohonan |
9 |
Pindaan dokumen lampiran selepas permohonan diproses adalah tidak dibenarkan dan pemohon dikehendaki membuat permohonan baharu semula dengan mengemukakan URL yang mempunyai dokumen lampiran yang lengkap |
10 |
Permohonan pembaharuan hendaklah dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan |
11 |
Permohonan yang telah diproses (tidak lengkap/tidak disokong) akan mempunyai catatan negatif pada permohonan (contoh : Tidak memiliki ….. / Tidak mengemukakan……) |
12 |
Permohonan yang tidak lengkap tersebut tidak akan dipulangkan kepada pemohon untuk pindaan, sebaliknya pemohon dikehendaki memohon semula dengan mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap berdasarkan catatan pada status permohonan lepas |
13 |
Permohonan yang mempunyai potensi tidak berjaya boleh dibuat permohonan semula tanpa perlu menunggu keputusan mesyuarat yang diadakan hanya sebulan sekali |
14 |
Permohonan yang telah dihantar melalui MySPIKE pada bulan semasa akan dibentangkan di dalam mesyuarat pada awal bulan berikutnya. |
15 |
Semua keputusan permohonan adalah tertakluk kepada ketetapan Mesyuarat Perakuan Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia |
|
|
klik untuk zoom ini
Permohonan membatalkan perakuan personel adalah bertujuan untuk memaklumkan JPK bahawa personel tidak lagi aktif bagi jawatan yang telah diperakukan.
PB atau Personel boleh kemukakan surat rasmi permohonan pembatalan melalui kaedah berikut :
- ppkspp@ciast.gov.my
- Aduan Pengguna MySPIKE
- Pos ke alamat :
Pengarah Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) Jalan Petani 19/1 Seksyen 19 40900 Shah Alam Selangor (U/P : Unit Perakuan Personel) |
- Permohonan pembatalan hendaklah dibuat selepas personel telah tamat kontrak/berhenti berkhidmat di PB berkaitan
- Pihak JPK tidak akan bertanggungjawab untuk menarik balik pembatalan jawatan yang telah dibuat sebelum personel berhenti khidmat di PB berkaitan.
- Surat rasmi permohonan pembatalan jawatan hendaklah memenuhi kriteria berikut:
- Tajuk permohonan Pembatalan Jawatan / Berhenti Khidmat
- Maklumat tarikh permohonan dibuat
- Maklumat nama dan no. kad pengenalan personel
- Maklumat kod PB dan nama PB yang hendak dibatalkan
- Nyatakan tujuan dan alasan pembatalan
- Pengesahan PB / personel (bertanda tangan)
- Bagi permohonan pembatalan personel yang berkhidmat kurang dari 6 bulan di satu-satu PB, personel perlu mengemukakan bukti persetujuan PB menerima permohonan berhenti daripada personel.
klik untuk zoom ini