Piagam Pelanggan Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Kami di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah diamanahkan untuk mengeluarkan dan meningkatkan kemahiran tenaga pengajar terlatih yang diperlukan oleh negara. Dengan itu:
- Kami berjanji akan mengarusperdanakan latihan kemahiran dengan menyedia dan mengendalikan program latihan pengajar dan latihan kemahiran yang berkualiti bersesuaian dengan keperluan institusi latihan kemahiran negara dan perkembangan teknologi semasa;
- Kami berjanji untuk mengiklankan dan menyebarkan maklumat peluang latihan yang dijalankan kepada masyarakat umum. Permohonan kursus adalah terbuka sepanjang tahun. Tawaran kursus kepada mereka yang berjaya akan dikeluarkan selewat-lewatnya satu bulan sebelum kursus bermula;
- Kami berjanji untuk membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan penyampaian latihan di pusat bertauliah awam dan swasta mengikut keperluan sektor industri negara;
- Kami berjanji untuk mentauliah tenaga pengajar yang berkompeten dan berkelayakan mengikut standard pekerjaan kemahiran kebangsaaan; dan
- Kami berjanji untuk menyediakan prasarana pembelajaran, kelengkapan latihan, infrastruktur ICT yang lengkap dan persekitaran yang kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), kecemerlangan dan khidmat yang mesra serta berhemah tinggi menjadi keutamaan kami.