KEMAHIRAN FASILITATOR

KEMAHIRAN FASILITATOR

PENGENALAN

Kursus Kemahiran Fasilitator merupakan satu program yang dibangunkan khusus kepada bakal Fasilitator Pembangunan NOSS, WIM dan Soalan  yang ditawarkan kepada wakil industri atau syarikat, pusat bertauliah (PB) dan Industry Lead Body (ILB). Kursus ini bertujuan untuk membantu dan memantapkan fasilitator yang berupaya menghasilkan dokumen standard dan kurikulum latihan yang berkualiti bagi mencapai standard pekerjaan yang memenuhi keperluan industri negara. Kandungan kursus ini memberi penekanan kepada para peserta mengenai teknik-teknik memudahcara yang perlu digunapakai oleh fasilitator untuk membangunkan NOSS/WIM/Soalan  yang berkualiti.

KANDUNGAN KURSUS

  1. Pengenalan Fasilitator
  2. Aplikasi Pembentukan Kumpulan
  3. Kemahiran Komunikasi
  4. Aplikasi methodologi Dalam Sesi Fasilitasi
  5. Fasilitator Dalam Pembangunan NOSS/WIM/Soalan

OBJEKTIF KURSUS

  1. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam teknik-teknik memudahcara yang mana keupayaan fasilitator dalam mengendalikan sesi bengkel pembangunan atau perbincangan menjadi lebih efektif.
  2. Memantapkan keyakinan fasilitator dalam menggunapakai pendekatan memudahcara didalam proses interaksi antara ahli kumpulan atau panel pembangun.
  3. Membangunkan kemahiran tenaga pengajar untuk melatih fasilitator-fasilitator dari agensi awam, pusat bertauliuah dan industri dengan tujuan membangunkan NOSS/WIM/Soalan  yang berkualiti.

KEMUDAHAN

Kursus ini adalah percuma. Penginapan dan makan minum disediakan. Kursus akan dijalankan di Institut Latihan Awam (ILA)/1MTC/Hotel dengan menggunakan fasiliti penginapan dan kemudahan premis berkaitan.

PERSIJILAN FASILITATOR NOSS (DESCUM) / WIM / SOALAN 

Syarat utama untuk dipersijilkan sebagai Fasilitator NOSS (DESCUM) / WIM / Soalan adalah dengan memenuh kriteria seperti berikut:
1. Menghadiri Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) / WIM /Soalan dan
2.Menghadiri Kursus Kemahiran Fasilitator.

Setelah mengikuti dan lulus semua syarat tersebut, calon akan dipersijilkan oleh CIAST/JPK sebagai Fasilitator NOSS (DESCUM)/WIM/Soalan. Selanjutnya mereka berkelayakan untuk mengendalikan sesi Pembangunan NOSS, WIM atau Soalan.

HUBUNGI KAMI

(03 – 5543 8393 / 03 – 5543 – Sambungan)

Nama Pegawai Samb e-Mel (@ciast.gov.my)
En. Salim bin Amil 8395 salim
En. Mohd Yusri bin Pardi 8223 myusri
En. Amir bin Mohamed 8349 amir
Pn. Mahani binti Mokhtar 8348 mahani
En. Mohd Nor Azlan Bin Mohamed Sidek 8348 mnazlan