FAST TRACK

SOALAN LAZIM FAST TRACK
Apa dia VTO/VTE/VTM fast track?

Ia adalah satu kaedah memperolehi Sijil VTO (tahap 3) hingga VTM (tahap 5) berdasarkan pengalama kerja. Ia dilaksanakan oleh pihak SPD, CIAST.

Siapa yang layak untuk memohon VTO/VTE/VTM fast track?

Semua yang terlibat dalam latihan vokasional dan kemahiran (pengajar, pentadbir, pengurus) dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Apakah prosedur untuk memohon VTO/VTE/VTM Fast track?

Tuan boleh mendaftarkan diri kepada pihak JPK untuk tujuan penilaian. Pihak JPK akan memaklumkan proses penilaian yang akan dilalui. Ia termasuk persediaan dokumen pengalaman kerja dan mengajar dan melalui proses temuduga.

Bagaimanakah cara untuk mendapat maklumat mengenai pelaksanaan Program VTO/VTE/VTM secara Single Tier dan Fast Track melalui kaedah PPT?

Anda boleh memuat turun maklumat pelaksanaan Program VTO/VTE/VTM secara Single Tier  dan Fast Track melalui kaedah PPT

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan penilaian Program VTO/VTE/VTM secara Single Tier dan Fast Track?

Keputusan Penilaian Program VTO/VTE/VTM secara Single Tier dan Fast Track boleh disemak melalui pautan VTO/E/M Fast Track di laman web CIAST. Keputusan hanya akan dimasukkan ke dalam sistem Semakan Keputusan selepas pengesahan penilaian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal Program VTO/VTE/VTM Fast Track.

Apakah yang perlu saya lakukan setelah saya membuat permohonan bagi program VTO/VTE/VTM secara Single Tier dan Fast Track?

Setelah permohonan dibuat, anda perlu menyediakan Portfolio Program VTO/VTE/VTM secara Single Tier dan Fast Track. Format dan dokumen portfolio boleh diperolehi di pautan VTO/E/M Fast Track di laman web CIAST.

Boleh saya membuat permohonan VTO dan SKM secara serentak dan apakah kriteria calon untuk memohon program tersebut?

Permohonan VTO dan SKM boleh dibuat serentak sekiranya permohonan melalui kaedah PPT. Maklumat kriteria calon mengikut tahap dan kaedah penilaian boleh diperolehi di www.dsd.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan3/perkhidmatan/ppt

Saya memohon persijilan VTM melalui Program VTO/VTE/VTM secara Single Tier dan Fast Track pada sesi penilaian yang lepas dan saya hanya dipersijilkan VTE kerana tidak memenuhi sebahagian duti VTM. Jika saya melengkapkan jurang bagi duti VTM tersebut, bolehkah saya membuat permohonan semula untuk persijilan VTM?

Ya, permohonan semula boleh dibuat mengikut proses yang sama sebelum September 2016.

Saya telah membuat pendaftaran VTO secara PPT kepada JPK dan bolehkah saya memohon untuk dinilai secara Program VTO/VTE/VTM secara Single Tier dan Fast Track?

Anda perlu membuat permohonan secara bertulis untuk pertukaran kaedah penilaian kepada Unit PPT MOSQ, JPK.

Bagaiamana untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan dengan program VTO/VTE/VTM fast track dan single tier?

Sila hubungi Unit Fast Track di talian 03-5543 8200 samb. 8333/8391/8338/8341/8391/8337