i. Mereka tidak layak dilantik sebagai PP/PPD bagi program SKM Tahap 1, 2 dan 3.
ii. Bagi pemegang Diploma dan mempunyai dua (2) tahun pengalaman kerja bidang berkaitan layak untuk dilantik sebagai PP/PPD program SKM Tahap 4 sahaja
iii. Bagi pemegang Ijazah dan mempunyai dua (2) tahun pengalaman kerja bidang berkaitan pula layak untuk dilantik sebagai PP/PPD program SKM Tahap 4 & 5 sahaja.
i. Mereka layak untuk dilantik sebagai PP/PPD bagi program SKM Tahap 1, 2 dan 3 secara bersyarat untuk tempoh 2 tahun.
ii. Dalam tempoh 2 tahun bersyarat PP/PPD dikehendaki melengkapkan SKM Tahap 3 secara PPT.
iii. Selepas tamat tempoh tersebut sekiranya PP/PPD belum lulus SKM Tahap 3 secara PPT, maka permohonan pembaharuan mereka akan gagal.
Ya, surat perakuan (PPKSPP) PP dan PPD boleh dikeluarkan secara serentak kepada personel yang memenuhi syarat dan kriteria lantikan. Walaubagaimana pun, pihak PB perlulah melantik seorang personel sahaja bagi satu jawatan dalam satu masa dan tertakluk kepada syarat dan peraturan pentauliahan yang ditetapkan oleh Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
Personel tidak layak dilantik sebagai Pengajar SLDN kerana :
- Belum menghadiri Kursus Induksi SLDN
- Tidak memiliki sebarang kelayakan kemahiran yang berkaitan.
Tidak semua personel pentauliahan JPK dikehendaki memiliki VTO. Berikut adalah personel yang disyaratkan memiliki sijil teknik mengajar VTO (I-031-3)
- PP bagi semua program;
- PP bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PP-PLV; dan
- PPD bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PPD-PLV.
Surat PPKSPP boleh dicetak secara atas talian melalui URL https://www.myspike.my selepas Mesyuarat Perakuan Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (MPPSPKM) dijalankan pada setiap hujung bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tamat pada bulan berkenaan tidak akan diproses dan ianya akan diproses ke bulan berikutnya.