SLDN

SOALAN LAZIM SLDN
Siapakah yang boleh memohon kursus-kursus SLDN?

i)  Kursus Induksi SLDN

Hanya personel dari Syarikat / Pusat Latihan SLDN yang ingin berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai PB SLDN sahaja yang layak untuk memohon Kursus Induksi SLDN yang ditawarkan.

 ii) Kursus Coach/Trainer SLDN

Hanya personel dari Syarikat / Pusat Latihan SLDN yang telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran  sebagai PB SLDN dan telah mengikuti Kursus Induksi SLDN sahaja yang layak untuk memohon kursus-kursus SLDN yang ditawarkan.

Berapakah yuran kursus bagi mengikuti kursus-kursus SLDN ?

Yuran kursus bagi kursus-kursus SLDN yang telah dirancang oleh CIAST adalah ditanggung oleh CIAST.

Yuran kursus bagi kursus-kursus SLDN yang telah tidak dirancang oleh CIAST adalah ditanggung oleh PENGANJUR.

Bagaimanakah saya ingin memohon untuk mengikuti kursus-kursus SLDN sekiranya saya telah berdaftar dengan JPK?

Permohonan kursus hendaklah melalui sistem ekursus CIAST di http://ekursus.ciast.gov.my/. Pemilihan peserta adalah dibuat oleh JPK Wilayah.

Bagaimana untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan dengan kursus-kursus SLDN?

Sebarang pertanyaan boleh melalui Unit Latihan & Konsultansi Kurikulum SLDN CIAST 03-5543 8200 samb. 8340/8343/8345/8346/8347/8390 atau email kepada sldnciast@ciast.gov.my.