- Pengajar TVET dari Institusi Latihan Awam (ILA) yang telah mendaftar dengan sistem TVET Instructor eProfiling System (TiPS).
- Bebas daripada tindakan tatatertib;
- Penempatan LSI yang dipohon perlu merangkumi komponen kompetensi Vokasional/Profesional atau Pedagogi/Sosial atau Pengurusan/Sokongan bagi bidang-bidang yang didaftarkan di dalam sistem TiPS;
- Mendapat sokongan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Pengarah ILA masing-masing;
- Mendapat persetujuan bertulis dari Firma LSI sebelum membuat permohonan LSI;
- Memenuhi prasyarat atau prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh Firma seperti CIDB, Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Kesihatan jika berkaitan dan semua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
Tidak boleh. Permohonan hanya boleh dibuat SEKALI sahaja dalam tahun semasa di penempatan yang sama.
Boleh. Pengajar TVET layak memohon program LSI setiap tahun.
Tempoh LSI adalah di antara 1 hingga 13 minggu (minimum 5 hari dan maksimum 89 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum) dan boleh dilaksanakan secara berfasa (maksimum 3 fasa sahaja dalam tahun semasa). Permohonan secara berfasa hendaklah dibuat SEKALI sahaja dalam tahun semasa di penempatan yang sama.
Pengajar TVET yang berminat hendaklah mebuat permohonan melalui sistem TiPS di capaian https://eprofiling.ciast.gov.my
Pengajar TVET hendaklah mencari firma yang bersesuaian dengan bidang kemahiran yang didaftarkan di dalam sistem TiPS dan mendapatkan persetujuan daripada pihak firma secara bertulis sebelum mengemukakan permohonan.
Firma yang layak dijadikan sebagai penempatan LSI adalah industri berstatus Berhad, Sdn. Bhd., Enterprise, Agensi Awam (Persekutuan), Agensi Awam (Negeri), Badan Berkanun, NGO, Persatuan dan Koperasi.
Ya. Perlindungan kemalangan yang disediakan oleh CIAST adalah takaful berkelompok (Group Personal Accident) yang bertujuan melindungi PDL sepanjang tempoh LSI.
Sila hubungi Unit LSI di talian 03-5543 8200 samb. 8348/8349/8395/8223 atau emelkan pertanyaan anda kepada lsi@ciast.gov.my. Maklumat lanjut boleh didapati di PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN INSTITUSI LATIHAN AWAM – EDISI 2020.