Apakah Latihan Sangkutan Fasilitator Program Penambahbaikan NOSS (DESCUM) ?
Latihan Sangkutan Fasilitator (LSF) ertinya satu tempoh yang khusus bagi:
- Pegawai Dalam Latihan (PDL) menjalani latihan di firma.
- Menerima pendedahan Pembangunan NOSS yang sebenar secara terancang dan;
- Diselia oleh Pegawai Firma yang dipertanggungjawabkan dalam Pembangunan NOSS yang sebenar.
Apakah syarat-syarat untuk dilantik sebagai seorang fasilitator Pembangunan NOSS?
Untuk dilantik sebagai seorang fasilitator Pembangun NOSS, calon boleh dipertimbangkan setelah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
- Mempunyai Sijil Kursus Pembangunan NOSS dari CIAST.
- Telah Berjaya menjalani Latihan Sangkutan Fasilitator (LSF).
- Mempunyai Sijil Kursus Kemahiran Fasilitator dari CIAST.
Bagaiamana untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan dengan Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) dan Latihan Sangkutan Fasilitator Program Penambahbaikan NOSS (DESCUM) ?
Sila hubungi Unit Pembangunan Standard Pembelajaran di talian 03-5543 8200 samb. 8305 / 8275/8285/8286/8287/8288