VTO

SOALAN LAZIM VTO
Apa yang dimaksudkan dengan kursus VTO?

Kursus VTO adalah kursus berkaitan dengan teknik pengajaran dimana peserta akan didedahkan dengan kaedah pengajaran khusus dalam bidang vokasional bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketrampilan.

Apa kelebihan VTO?

Sijil VTO adalah salah satu syarat yang melayakkan seseorang pengajar diiktiraf sebagai Pegawai Penilai bagi satu-satu bidang.

Apakah kelayakan masuk bagi mengikuti kursus VTO?

a) Warganegara Malaysia berumur antara 20 -35 tahun

b) Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas)DAN

c) Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau Diploma Kemahiran Malaysi (DKM); atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3;

 

TEMPOH LATIHAN : 9 ½  Bulan

Apakah rangka pembelajaran bagi kursus VTO ?

Methodology Vokasional selama 3 ½  bulan di CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

PENGAMBILAN

3 kali setahun iaitu Januari, Mei dan September