CIAST menawarkan Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DPLV) dalam bidang Mekatronik, Elektronik, Kimpalan, Automatif, Komputer (Sistem), Komputer (Rangkaian) dan Pengeluaran.
Selain daripada itu CIAST menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM) + VTO bagi kursus-kursus Mekatronik, Elektronik, Kimpalan dan Automatif.
CIAST juga menawarkan kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) bagi graduan yang berminat untuk menjadi pengajar dalam bidang kemahiran.
Ya. Boleh ikuti program DLKM (tahap 5) sahaja tanpa VTO di CIAST.
Tidak, CIAST tidak menawarkan kursus kepada lepasan SPM.
Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian SAHAJA. Untuk mendapatkan maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon wajib melayari Laman Web CIAST di http://www.ciast.gov.my
Ya. Boleh dengan merujuk kepada iklan pengambilan sekiranya permohonan dibuka melalui UPU.
Ya, semua calon yang memohon kursus jangka panjang perlu menjalani sesi temuduga. Hanya calon-calon yang melepasi sesi temuduga dan memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan layak mengikuti kursus yang dipohon.
Keputusan kemasukan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sebulan sebelum tarikh pendaftaran melalui sms dan juga di laman web CIAST.
Keputusan kemasukan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh sebulan sebelum tarikh pendaftaran melalui sms dan juga di laman web CIAST.
Yuran pengajian bagi kursus jangka panjang di CIAST adalah percuma. Bayaran hanya dikenakan semasa pendaftaran pelajar iaitu antara RM 500 – RM 600 bagi bayaran kelengkapan pelajaran.
CIAST menyediakan elaun sara diri secara bulanan kepada pelajar-pelajar kursus jangka panjang. Walaubagaimana pun sepanjang pengajian di CIAST elaun yang diberi adalah yang dipotong untuk bayaran asrama, makan dan minum sepanjang berkursus dan pelajar akan menerima baki elaun untuk keperluan diri sendiri. Sekiranya pelajar membuat pilihan atau ada keperluan untuk tinggal di luar asrama sepanjang tempoh latihan di CIAST, pelajar akan menerima kadar elaun yang sama sepeti pelajar yang tinggal di asrama.
Ya, CIAST menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar-pelajar kursus jangka panjang dan pelajar-pelajar baru yang mendaftar diwajibkan untuk tinggal di asrama.
Jika calon tidak dapat hadir ke temuduga VTO atas sebab yang munasabah. Adakah calon tersebut masih boleh memohon untuk kemasukan seterusnya?
Pihak CIAST tidak akan mengambil apa-apa tindakan kepada calon yang tidak dapat menghadiri sesi temuduga dan pemohon masih boleh memohon untuk sesi kemasukan seterusnya secara online melalui sistem e-permohonan.
Sila hubungi Unit Peperiksaan, Persijilan dan Kandungan Latihan, Program Pembangunan Pengajar Kemahiran di talian 0355438200 sambungan 8336 / 8291 / 8229 / 8255 / 8232.
Graduan daripada Politeknik, IPTA dan Universiti Awam tidak layak memohon dan mengikuti Kursus Jangka Panjang di CIAST mulai Ambilan September 2018.