Nama penuh CIAST ialah ‘Centre for Instructor and Advanced Skill Training’ atau ‘Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan’ merupakan sebuah institut latihan kemahiran awam di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Ia menjalankan kursus-kursus melahirkan tenaga pengajar kemahiran dan ‘train the trainer’ kepada pengajar kemahiran. Ia mula beroperasi sejak tahun 1985.
Kampus induk CIAST terletak di Seksyen 19 Shah Alam, Selangor.
CIAST juga mewujudkan Kampus Satelit atau Kampus Cawangan yang terletak di CSC-ADTEC Taiping, CSC-ILP Marang, CSC-ILP Selandar, CSC-ADTEC Bintulu, CSC-ILP Sandakan, CSC-Kolej Yayasan Sabah, CSC-Kolej AITC Kuching, CSC-ADTEC Batu Pahat, CSC- ADTEC Melaka, CSC-IKBN Kuala Langat, CSC-KPM Bukit Tangga, CSC- Kepala Batas, CSC-IKBN Kemasik, CSC-Jerantut,CSC-IPG Bandar Enstek dan CSC-ILP Kota Bharu.
CIAST menawarkan Kursus Jangka Panjang seperti Sijil Pengajar Vokasional/ Vocational Training Officer (VTO) tahap 3, Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV) tahap 5 (Bidang Elektronik, Mekatronik, Pengeluaran, Kimpalan dan Automotif) dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 + VTO (Bidang Elektronik, Mekatronik, Pengeluaran, Kimpalan, Automotif, Komputer Sistem dan Komputer Rangkaian)
Selain daripada itu, CIAST turut menawarkan kursus jangka pendek dalam bidang teknikal dan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran mengajar khusus dalam bidang vokasional.
Tidak
CIAST menyediakan kursus-kursus modular atau kursus jangka pendek kepada orang awam atau penggiat industri dan pengajar.
Di samping itu juga, CIAST ada sistem pentauliahan kepada pakar-pakar industri yang mempunyai pengalaman dalam bidang kemahiran, vokasional dan teknikal.