PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan:
- SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN
- KOD BIDANG – 040103 (MAKANAN BERASASKAN ISLAM) 221506 (SEWA RUANG NIAGA)
- SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA ATAU SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
yang masih sah tempohnya bagi menyertai tawaran berikut:
TAJUK TAWARAN : PENYEWAAN KAFETERIA SERTA PERKHIDMATAN PENYEDIAAN MAKANAN BERMASAK ISLAM DI CIAST SHAH ALAM
TARIKH BUKA : 18 DISEMBER 2024 (RABU)
TARIKH TUTUP : 27 DISEMBER 2024 (JUMAAT)
12.00 TENGAHARI
Borang Permohonan boleh diperolehi di Unit Pentadbiran, Blok A, CIAST, Shah Alam.
Borang Permohonan akan dikeluarkan kepada wakil syarikat yang sah sahaja. Bagi maksud ini pihak syarikat dikehendaki membawa bersama SIJIL ASAL iaitu Sijil Pendaftaran Kewangan (Kod bidang 040103 & 221506), Sijil Pendaftaran Bumiputera dan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada Unit Pentadbiran, Blok A , CIAST Shah Alam. Tawaran yang lewat tidak akan diterima. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Pentadbiran pejabat ini di talian 03-55438202.