PROGRAM KELAYAKAN KEKOMPETENAN

INFO KORPORAT

LATAR BELAKANG

  • Program Kelayakan Kekompetenan (KK) telah ditubuhkan pada Ogos 2007. Program ini telah bertukar nama kepada Program Pentauliahan Tenaga Pengajar (PTP) pada Mac 2011 selaras dengan penangguhan Sistem Pelesenan Tenaga Pengajar Kemahiran (SPTPK). Berkuatkuasa pada 1 Ogos 2011, program ini telah bertukar kepada nama asal iaitu Program Kelayakan Kekompetenan berikutan penstrukturan semula organisasi  CIAST.

UNIT PENTAULIAHAN PERSONEL DAN PAKAR

  • Mengurus dan mengawalselia perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP) khusus untuk PP, PPD, PPB, PP-PLV, PPD-PLV, COACH, P-SLDN, PP-Antarabangsa dan PPB-Antarabangsa
  • Mempromosi, mengumpul, mendaftar, memperakukan dan mengawalselia Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) bagi  PPL- SLaPB,  PPL-SLDN, PP-PPT , PPL-PPT dan Fasilitator Bertauliah.

UNIT KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN

  • Merancang dan melaksanakan Kursus Industri Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM)
  • Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Program Pembangunan dan Pemantapan serta Penilaian Pembaharuan Lantikan PPV.

UNIT LATIHAN ANTARABANGSA

  • Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan latihan kemahiran untuk peserta kursus antarabangsa bersama Kementerian Luar Negeri, JICA dan agensi luar negara lain
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi kursus antarabangsa
  • Menyelaras hubungan luar/pelawat antarabangsa

UNIT SKILLS MALAYSIA

  • Merancang, mengurus dan menyelaras Pertandingan World Skills Malaysia Belia dan Pengajar dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
  • Mengurus dan menyelaras persiapan dan persediaan peserta Negara ke Pertandingan World Skills dan ASEAN Skills
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti sebagai Sekretariat Anugerah Tokok Mahir
  • Menyelaras bersama pihak ketiga pelaksanaan Abilympics peringkat negeri, kebangsaan dan Pertandingan Kemahiran Panasonic Malaysia