LATAR BELAKANG UNIT & KAKITANGAN
Program Pembangunan Pengajar Kebangsaan (PPK)
Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK), Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah ditubuhkan pada tahun 2008, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja sektor awam dan swasta.
UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN PENGAJAR BARU (UPPPB)
- Merancang dan mengurus pengambilan pelajar baru National Instructor Training Program (NITP) bagi tiga kursus iaitu Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV), Sijil Kemahiran Malaysia dengan Sijil Pengajar Vokasional (SKMT3 + VTO) dan Sijil Pengajar Vokasional (VTO)
- Mengurus dan mengawal selia Latihan Sambil Kerja / Latihan Industri Pelajar
- Mengurus hal ehwal pelajar bagi tiga kursus iaitu DLPV, SKMT3 + VTO dan VTO
UNIT PENGURUSAN PENINGKATAN KEMAHIRAN & KAWALAN TEKNIKAL (UPPKT)
- Merancang dan mengurus kursus modular, customised dan antarabangsa.
- Merancang dan mengurus Kursus Pemantapan PLV Lantikan Baharu.
- Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan peperiksaan akhir pelajar.
- Mengurus dan menyelaras Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC)
- Menyelaras hal-hal pentauliahan yang berkaitan dengan sistem JPK
- Mengurus persijilan SKM dan persijilan CIAST
UNIT ELEKTRIKAL & ELEKTRONIK, UNIT MEKATRONIK, UNIT KOMPUTER, UNIT KIMPALAN, UNIT AUTOMOTIF DAN UNIT PENGELUARAN
- Mengendalikan program latihan jangka panjang iaitu DLPV dan SKMT3 + VTO mengikut bidang masing-masing
- Mengendalikan program latihan kemahiran lanjutan melalui kursus modular, ‘customised’, latihan antarabangsa.
- Mengendalikan Kursus Pemantapan PLV lantikan baharu.
- Menguruskan latihan pembangunan kepakaran kepada tenaga pengajar mengikut bidang.
- Menyelaras bahan pengajaran, soalan peperiksaan, penilaian PPL, peralatan dan kemudahan latihan mengikut bidang.
UNIT METODOLOGI VOKASIONAL
- Melaksanakan kursus VTO bagi lepasan SKM sekurang-kurangnya Tahap 3 (program pra-perkhidmatan).
- Menganjurkan Kursus Induksi PP/PPD bagi pelajar VTO.
- Mengurus pelaksanaan Latihan Internship bagi kursus VTO.
- Mengurus latihan pembangunan kepakaran kepada tenaga pengajar.
- Menyelaras bahan pengajaran, soalan peperiksaan, penilaian PPL, peralatan dan kemudahan latihan.