PERUBAHAN TEMPOH KELULUSAN PERAKUAN PERSONEL PENILAIAN DAN VERIFIKASI (PPV) SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM) BERKUATKUASA PADA 09 MEI 2024

PENGUMUMAN

Tempoh kelulusan permohonan perakuan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) telah berubah dari 3 tahun ke 6 tahun. Perubahan ini melibatkan kategori permohonan Personel Baharu, Tambah Jawatan dan Pembaharuan berkuatkuasa pada 09 Mei 2024.

PERSONEL PENILAIAN DAN VERIFIKASI (PPV) SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)

Panduan dan Syarat Permohonan Perakuan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) telah diluluskan bagi mengantikan Panduan Permohonan Pendaftaran Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).

Panduan ini berkuatkuasa pada 05 November 2018 dan dengan berkuat kuasanya panduan ini, maka panduan yang terdahulu adalah terbatal.