FACILITATOR DIRECTORY

GARIS PANDUAN PENTAULIAHAN FASILITATOR NOSS/WIM/SOALAN

1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, maka ia amat memerlukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang berkualiti sebagai panduan keterampilan untuk digunapakai oleh pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan. Oleh yang demikian, kepakaran fasilitator dalam Pembangunan NOSS, Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) dan Pembangunan Soalan Latihan Kemahiran berasaskan kaedah Develop A standard and Curriculum (DESCUM) amat diperlukan oleh negara kerana mereka bukan sahaja berperanan untuk membangunkan dan meningkatkan lagi tahap kemahiran malah memperkukuh metodologi pengajaran dan pembelajaran latihan kemahiran. Sehubungan dengan itu, CIAST telah melaksanakan Program Pembangunan Fasilitator NOSS/WIM mulai tahun 2011 melalui pentauliahan Fasilitator NOSS/WIM bagi memilih dan mengiktiraf kepakaran personel yang berjaya dalam sesi penilaian yang dilaksanakan sepanjang proses pentauliahan. Manakala pada tahun 2016, pentauliahan Fasilitator Pembangunan Soalan telah dilaksanakan. Oleh yang demikian, buku Garis Panduan Pentauliahan Fasilitator NOSS/WIM/Soalan ini dibangunkan untuk memberi maklumat dan garis panduan terperinci mengenai pentauliahan Fasilitator NOSS/WIM/Soalan kepada personel yang terlibat

2.0 TARIKH KUATKUASA

Garis Panduan Pentauliahan Fasilitator NOSS/WIM/Soalan ini berkuatkuasa pada JANUARI 2018. Sehubungan dengan itu dimaklumkan garis panduan sebelum tarikh ini adalah TERBATAL.

3.0 KATEGORI PEMOHON

a) Peserta Awam
Tenaga Pengajar Institut Latihan Kemahiran Awam.
Agensi Kerajaan.

b) Peserta Swasta
Tenaga Pengajar Pusat Bertauliah JPK.
Personel yang terlibat sebagai pelulus dalam jawatankuasa lantikan (JPPK, JTS, JKPKP dan lain-lain).
Panel NOSS/WIM/Soalan.
Industrial Lead Body (ILB) lantikan JPK.
Pengamal industri (pekerja dan majikan).
Orang perseorangan – Personel yang berdaftar dengan DPIN.
4.0 SYARAT PERMOHONAN
Pemohon telah mengikuti Kursus Pembangunan NOSS/WIM /Soalan dengan jayanya.
Keutamaan pemilihan peserta berdasarkan pada keputusan penilaian semasa sesi Kursus Pembangunan NOSS/WIM/Soalan dengan markah 80% ke atas.
Berumur 21 tahun ke atas dan satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
Telah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan/Majikan.
Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal yang boleh menjejaskan keupayaan calon fasilitator.
Boleh menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

5.0 SYARAT PENTAULIAHAN FASILITATOR NOSS/WIM/SOALAN

Carta alir Pentauliahan Fasilitator NOSS/WIM/Soalan dilaksanakan merujuk pada
Rajah 1.

6.1 KURSUS PEMBANGUNAN NOSS/WIM/SOALAN

6.1.1 Kandungan Kursus

6.1.1.1 NOSS
Occupational Analysis.
Occupational Area Analysis
Job Analysis.
Competency Profile Analysis
Standard Practice Development
Standard Validation
CoCu Development.

6.1.1.2 WIM
Tentukan Program Latihan
Kenalpasti CoCu
Murnikan CoCu
Sediakan jadual Pembangunan WIM, Penetapan
Peratusan Masa Aktiviti dan Pembahagian Masa
Pembelajaran Bersemuka.
Bangunkan WIM Teori dan Amali.

6.1.1.3 SOALAN LATIHAN KEMAHIRAN
Penilaian.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Soalan Pengetahuan dan Prestasi

6.2 KURSUS KEMAHIRAN FASILITATOR
6.2 .1 Kandungan Kursus
Pengenalan fasilitator.
Aplikasi Pembentukan Kumpulan
Kemahiran Komunikasi
Aplikasi methodologi Dalam Sesi Fasilitasi
Fasilitator Dalam Pembangunan NOSS/WIM/Soalan

6.2.2 Penilaian
Penilaian pengetahuan
Markah lulus ialah 70%.
Penilaian prestasi
Mengendalikan sesi pembangunan NOSS/WIM/Soalan mengikut tajuk tugasan yang telah diberikan.
Markah lulus ialah 70%.
Kriteria yang digunakan bagi tujuan penilaian adalah:
Kemahiran personel dalam mengendalikan sesi dengan menggunakan teknik pemudah cara.
Kemahiran pengucapan dan penyampaian.
Hasil dan kualiti tugasan yang dipersembahkan.
Personaliti.
Sekiranya gagal dalam mana-mana penilaian, peserta diberi peluang untuk ulang nilai SEKALI sahaja dalam tempoh setahun dengan pembiayaan sendiri.

7.0 TEMPOH PENTAULIAHAN FASILITATOR NOSS/WIM/SOALAN

Peserta yang telah mengikuti Kursus Kemahiran Fasilitator dengan jayanya akan di anugerahkan Sijil Penyertaan. Mereka dikehendaki mendafartarkan diri dibahagian DPIN sebagai seorang Fasilitator Bertauliah daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Tempoh pentauliahan adalah selama Tiga (3) tahun. Pembaharuan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh.

8.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai garis panduan ini sila hubungi;

Program Perancangan dan Pembangunan Latihan (PPL)
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,
40900 Shah Alam, Selangor.
(up: Unit Pembangunan Fasilitator)
Tel. : +603-5543 8200 (samb: 8285/8262)
Faks : +603-5543 8274

Bagi memperolehi data Fasilitator NOSS,WIM, Soalan Latihan Kemahiran, sila hubungi Ts. Mahani binti Mokhtar ditalian 03-55438348