Menu Close

Latar Belakang

LATAR BELAKANG

Sistem atas talian yang dibangunkan dengan kepakaran dalaman (inhouse) untuk mengumpul,  menganalisa potensi dan kompetensi Pengajar TVET serta latihan yang diperlukan untuk menutup jurang kemahiran. Ia boleh dicapai melalui capaian https://eprofiling.ciast.gov.my

MODUL ASAS

Ia dibangunkan dengan 6 modul asas seperti berikut :
  1. Pendaftaran Pengguna
  2. Pengurusan Maklumat Rekod Peribadi
  3. Pengurusan Pembangunan Senarai Abiliti (Ability Checklist) – Bidang Kompetensi TVET
  4. Pengurusan Penilaian Kompetensi TVET
  5. Padanan Latihan
  6. Laporan dan Analisa

PROSES PELAKSANAAN

Sistem ini dilaksanakan seperti berikut:
  1. Beroperasi secara atas talian dan memerlukan fasiliti talian internet.
  2. Sistem hanya membenarkan capaian bagi pengguna berdaftar sahaja dengan had capaian yang ditentukan.
  3. Sistem membenarkan pengajar membuat penilaian ke atas lebih daripada 1 komponen dalam 1 masa. Komponen tersebut ialah:
    1. Pedagogi/ Sosial
    2. Vokasional/ Profesional
    3. Pengurusan/ Sokongan
  4. Output laporan prestasi kompetensi pengajar adalah bergantung kepada maklumat penilaian yang diisi oleh pengajar dan yang dinilai oleh Penyelia. Oleh itu, integriti kemasukan maklumat amatlah penting bagi menjamin ketepatan laporan.

MASA PELAKSANAAN

Masa pelaksanaan adalah seperti berikut:
  • Sistem ini mula beroperasi pada Ogos 2016.
  • Kemasukan maklumat asas pengajar oleh pengajar boleh dilakukan pada bila-bila masa
  • Kemasukan maklumat senarai bidang dan senarai abiliti (Ability Checklist ACL) oleh Pentadbir Unit Pembangunan Profil Pengajar Kemahiran (UPPPK), CIAST adalah hasil daripada pembangunan bersama oleh Pakar Pengajar di dalam Bengkel Pembangunan Profil Pengajar TVET di mana UPPPK bertindak sebagai urus setia.
  • Kemasukan maklumat penilaian kompetensi oleh pengajar kemahiran adalah mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Mei dan November setiap tahun.
  • Penjanaan laporan prestasi kompetensi pengajar dilakukan setelah semua pengajar memasukkan maklumat bidang dan penilaian kompetensi mereka.

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) telah meletakkan satu daripada enam teras iaitu meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju. Salah satu daripada usaha untuk memenuhi teras ini adalah dengan membangunkan pangkalan data berpusat mengenai profil jurang kompetensi dan menyediakan pelan hala tuju latihan yang berkesan.

Untuk memenuhi matlamat ini satu projek Profil Kompetensi Pengajar TVET diperkenalkan. Projek ini bertujuan menutup jurang yang wujud pada setiap Pengajar TVET supaya latihan yang berkualiti dapat disampaikan kepada pelatih. Ia juga membangunkan pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.

Profil Kompetensi Pengajar TVET adalah satu projek dimana pengumpulan keterampilan pengajar kemahiran dikumpul dan disatukan untuk dibandingkan dengan senarai abiliti (Ability Checklist) untuk mendapatkan jurang kompetensi pengajar. Senarai abiliti (Ability Checklist) dihasilkan dengan menggunakan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure).

Profil Kompetensi Pengajar TVET adalah untuk mengenalpasti jurang kompetensi pengajar kemahiran dengan kaedah yang sistematik supaya perancangan dan pelaksanaan latihan yang tepat dan berstruktur dapat dikenalpasti dan dilaksanakan dalam membangunkan pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten dan responsif.

Motto bagi projek ini ialah “Right Trainer, Right Training, Right Time” sesuai dengan kebolehan projek ini dimana keperluan latihan pengajar boleh diukur dan disahkan oleh penyelia seterusnya kos latihan dapat dioptimumkan dan memenuhi sasaran.

Projek ini merangkumi 2 skop berikut: i. Pembangunan Sistem Pangkalan Data Profil Kompetensi Pengajar TVET (eProfiling). ii. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti untuk tutup jurang kompetensi pengajar melalui tindakan pelaksanaan latihan yang bersesuaian.

Kitaran aktiviti profiling terdiri daripada 4 kitaran berikut:


i. Kajian Keperluan Kompetensi Kajian keperluan kompetensi pengajar kemahiran akan dibandingkan dengan senarai abiliti (ability checklist) yang dibangunkan dengan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure).


ii. Kenalpasti Jurang Kompetensi Pengajar kemahiran membuat penilaian kendiri bagi menilai kompetensi mereka dengan senarai abiliti yang disediakan. Penilaian kendiri yang telah selesai Peta Abiliti (Ability Map) akan disemak dan disahkan oleh Penyelia.


iii. Tutup Jurang Kompetensi Ability map yang telah disahkan oleh Penyelia akan dianalisa untuk melihat pelaksanaan latihan yang bersesuaian untuk menutup jurang kompetensi yang terhasil.


iv. Pentaksiran Pengajar Pencapaian kompetensi pengajar kemahiran diiktiraf dengan pengiktirafan profesional atau persijilan (Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Diploma Kemahiran Malaysia(DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM))

Projek ini dilaksanakan dalam 4 peringkat:


i. Peringkat 1
a. Pembangunan senarai abiliti (Ability Checklist) oleh Kumpulan Tenaga Pengajar pakar mengikut bidang kemahiran.
b. Pembangunan senarai abiliti (Ability Checklist) ini merujuk kepakaran tenaga pengajar kemahiran, National Occupational Skill Standard (NOSS) dan juga silibus/kurikulum.


ii. Peringkat 2
a. Dapatkan data/maklumat kompetensi pengajar kemahiran menggunakan senarai abiliti (Ability Checklist) melalui penilaian kendiri dan disahkan oleh penyelia.
b. Penilaian Kompetensi pengajar meliputi tiga (3) kompetensi iaitu :
    i. Vokasional/Professional
    ii. Pedagogikal/ Sosial
    iii. Pengurusan
c. Analisa senarai abiliti (Ability Checklist) daripada data/maklumat yang diperolehi dari pengajar kemahiran.


iii. Peringkat 3
Rancang dan laksana program latihan kepada tenaga pengajar kemahiran berdasarkan hasil analisa yang telah dibuat.

iv. Peringkat 4 
Sediakan modul latihan berdasarkan hasil analisa kompetensi skor pengajar dan skor abiliti pada Peta Abiliti (Ability Map). Modul latihan yang dicadangkan perlu dibawa pengesahan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Program Pembangunan Kemahiran (Agensi) sebelum dimasukkan ke dalam sistem eProfiling.

BIL NAMA PENGGUNA/ PERANAN KOD PENGGUNA
1. Pengajar (Personal) PE
2. Penyelia PE
3. Pentadbir Institut AI
4. Pentadbir Agensi AA
5. Ketua Jabatan HD
6. Eksekutif EX
7. Intra Agensi IX
8. Penyelaras Latihan PL
9. Pentadbir Latihan AL
10. Kemasukan Data DE
11. Pentadbir Unit Pembangunan Profil Pengajar Kemahiran, UPPPK (AU) AU